Perubahan penggolongan leksikal slanga dalam kalangan pempengaruh media sosial : analisis medan makna

Makalah ini bertujuan untuk menonjolkan mengenai pengaplikasian slanga dan perubahan penggolongan kata serta medan makna dalam kalangan personaliti media sosial Instagram yang telah dipilih. Bagi merealisasikan kajian ini, pengkaji telah berpaksikan kepada dua objektif utama, iaitu mengenal pa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Suhaizi Suhaimi,, Fatin Syamira Shamsull,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20518/1/59262-196095-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20518/
https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1548
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini bertujuan untuk menonjolkan mengenai pengaplikasian slanga dan perubahan penggolongan kata serta medan makna dalam kalangan personaliti media sosial Instagram yang telah dipilih. Bagi merealisasikan kajian ini, pengkaji telah berpaksikan kepada dua objektif utama, iaitu mengenal pasti bahasa slanga yang digunakan oleh pempengaruh media sosial mengikut penggolongan kata dan juga menganalisis makna konotatif dan denotatif terhadap bahasa slanga yang digunakan. Bertepatan dengan objektif satu, pengkaji telah memilih pendekatan daripada Nik Safiah Karim et al. (2015) yang telah menggariskan empat jenis penggolongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan juga kata tugas. Bagi objektif kedua pula, kajian ini telah mengaplikasikan pendekatan daripada Norizah Ardi et al. (2011) yang mengetengahkan medan makna kepada dua, iaitu makna konotatif dan juga makna denotatif. Sebanyak 50 leksikal slanga telah dianalisis dengan menggunakan tiga kaedah kajian, iaitu kaedah pemerhatian, kaedah kepustakaan dan juga kaedah analisis teks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa golongan muda zaman kini sememangnya menggunakan slanga dalam perbualan seharian dan telah berlakunya perubahan penggolongan kata berdasarkan makna konotatif sesebuah leksikal slanga. Secara keseluruhannya, majoriti perkataan yang ditemui telah mengalami perubahan penggolongan kata dan kajian ini dilihat mampu memberi sumbangan kepada bidang sosiolinguistik, morfologi dan juga bidang-bidang utama bahasa Melayu yang lain.