Tembikar mambong di Sungai Galas, Kelantan : satu penelitian terhadap teknologi tradisional berdasarkan analisis teks dan analisis makmal
Perusahaan tembikar secara tradisional di Kelantan dipercayai telah wujud lebih 170 tahun yang lepas di Kampung Mambong iaitu sebuah penempatan Melayu yang terletak di Sungai Galas, daerah Kuala Krai. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa kajian-kajian terdahulu tentang tembikar Mambong sering...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20512/1/257-472-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20512/ http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/42 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perusahaan tembikar secara tradisional di Kelantan dipercayai telah wujud lebih
170 tahun yang lepas di Kampung Mambong iaitu sebuah penempatan Melayu
yang terletak di Sungai Galas, daerah Kuala Krai. Tinjauan literatur menunjukkan
bahawa kajian-kajian terdahulu tentang tembikar Mambong sering kali
mencampur-adukkan perbincangan antara pembuatan tembikar tradisional dan
tembikar moden sehingga menyebabkan kekeliruan dalam kalangan penyelidik
atau pembaca. Oleh yang demikian, kajian ini membincangkan secara mendalam
tentang teknologi tradisional yang digunakan untuk membuat tembikar di
Kampung Mambong. Metodologi kajian ini berlandaskan pada dua kaedah iaitu
analisis teks dan analisis makmal. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat
beberapa teknik dan peralatan digunakan secara turun-temurun oleh pembuat
tembikar Mambong untuk membuat tembikar tradisional. Tiga teknik utama yang
digunakan adalah teknik cubit dan picit, teknik lingkaran dan teknik cantuman.
Peralatan membuat tembikar pula terdiri daripada alat pemukul kayu, batu sungai
dan beberapa alat buluh yang digunakan khasnya untuk mengemas dan menghias
tembikar. Secara keseluruhannya, kajian ini telah menyajikan satu diskusi yang
jelas dan sistematik tentang tradisi dan teknologi awal yang digunakan untuk
membuat tembikar tradisional di Kampung Mambong. Usaha-usaha bagi
memelihara tradisi tembikar Mambong harus diambil segera agar warisan budaya
ini terus kekal lestari dan menjadi ikon kebanggaan bukan sahaja bagi rakyat
Kelantan bahkan seluruh rakyat Malaysia. |
---|