Hubungan awal Asia Tenggara dengan bangsa Turkic di India dari sudut sejarah dan Seni Islam
Artikel mengenai peranan bangsa Arab dan Parsi dalam menyebarkan agama dan budaya Islam ke Asia Tenggara telah dibincangkan secara meluas dan mendalam oleh para sarjana. Meskipun begitu, peranan atau sumbangan bangsa Turkic di India sering dilupakan. Hubungan ini jelas sekali dinyatakan pada s...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20510/1/255-468-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20510/ http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/42 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Artikel mengenai peranan bangsa Arab dan Parsi dalam menyebarkan agama dan
budaya Islam ke Asia Tenggara telah dibincangkan secara meluas dan mendalam
oleh para sarjana. Meskipun begitu, peranan atau sumbangan bangsa Turkic di
India sering dilupakan. Hubungan ini jelas sekali dinyatakan pada salah satu bukti
arkeologi terawal yang dijumpai di wilayah Asia Tenggara, yakni tiang Champa
(1035M) namun tidak diendahkan kerana terdapat pelbagai tafsiran daripada para
sarjana yang meragui kesahihan inskripsi tersebut. Oleh itu, kajian ini akan
menilai semula kepentingan tiang Champa dalam membincangkan Islam di Asia
Tenggara melalui kajian kepustakaan dan analisis kritikal (critical analysis)
terutamanya dari sudut sejarah serta budaya kesenian. Hasil penelitian
menujukkan bahawa bangsa Turkic dari Dinasti Ghaznavid (977-1186M) di India
serta Dinasti Rasulid (1229-1454M) di Yaman turut memainkan peranan dalam
mempengaruhi budaya kesenian Islam di Asia Tenggara yang dipercayai telah
bermula sekitar abad ke-11 Masihi. Hubungan bangsa Turkic dengan Asia
Tenggara telah berlaku lebih awal daripada Dinasti Turki Othmaniyah yang
dipercayai bermula pada abad ke-16 dan ke-19 Masihi. Perkara ini dibuktikan
melalui catatan dokumen bertulis dan inskripsi serta jejak peninggalan seni pada
batu nisan, istana, masjid dan madrasah. Justeru, takrifan “India” dalam konteks
sejarah harus diteliti dan dinilai semula kerana ia sering digunakan untuk merujuk
kepada kedudukan geografi sahaja. Perkara ini membuatkan peranan bangsa dan
budaya Arab, Parsi dan Turkic yang merupakan golongan pemerintah di India
tidak diketengahkan dalam membincangkan Islam di Asia Tenggara. |
---|