Koleksi tembikar tradisional di Muzium Negeri Kelantan, Kota Bharu : satu penelitian awal terhadap reka bentuk dan corak
Makalah ini membincangkan tentang hasil penelitian awal yang dijalankan terhadap koleksi tembikar tradisional yang terdapat di Muzium Negeri Kelantan (MNK), Kota Bharu, Kelantan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendokumentasikan jenis, bentuk dan ragam hias tembikar Mambong menggun...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20509/1/254-466-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20509/ http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/42 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Makalah ini membincangkan tentang hasil penelitian awal yang dijalankan
terhadap koleksi tembikar tradisional yang terdapat di Muzium Negeri Kelantan
(MNK), Kota Bharu, Kelantan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
mendokumentasikan jenis, bentuk dan ragam hias tembikar Mambong
menggunakan kaedah analisis morfologi. Turut dianalisis dalam kajian ini adalah
Kelantan. Antara ciri-ciri morfologi penting yang dianalisis dan direkodkan dalam
kajian ini adalah ukuran tinggi, panjang, ukur keliling, bukaan mulut dan corak
pada bahagian penutup, bibir, leher dan badan tembikar. Hasil penelitian
mendapati terdapat lapan (8) jenis tembikar Mambong yang dihiasi dengan empat
(4) jenis motif hiasan utama iaitu flora, fauna, elemen kosmos dan geometri. Setiap
ragam hias ini boleh dibahagikan kepada beberapa sub-corak. Sebaliknya,
tembikar tradisional dari Kampung Periok terdiri daripada satu jenis tembikar
sahaja dan dihiasi dengan corak yang hampir sama dengan tembikar Mambong.
Secara keseluruhannya, makalah ini telah menyumbang data dan maklumat
baharu tentang koleksi tembikar tradisional yang terdapat di MNK, Kota Bharu,
Kelantan. Hasil penelitian ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan ilmiah oleh
penyelidik, pelajar dan komuniti yang berminat untuk mengenali seni dan budaya
tembikar tradisional di Kelantan khususnya dari segi jenis tembikar, reka bentuk
tembikar dan ragam hias tembikar. |
---|