Kepelbagaian makroinvertebrat bentik di Sungai Jeriau, Bukit Fraser, Pahang, Malaysia

Sungai Jeriau ialah sungai yang tidak terganggu oleh aktiviti antropogen dan dipercayai mempunyai kualiti air yang baik serta kepelbagaian biologi akuatik yang tinggi. Oleh itu suatu kajian telah dijalankan untuk menilai kualiti air dan kepelbagaian komuniti makroinvertebrat bentik di sungai ter...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hasya Shazwani Hasnoramri,, Lau, Hor Yue, Ahmad A.K.,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20449/1/3.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20449/
https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil8_2022/KandunganJilid51Bil8_2022.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sungai Jeriau ialah sungai yang tidak terganggu oleh aktiviti antropogen dan dipercayai mempunyai kualiti air yang baik serta kepelbagaian biologi akuatik yang tinggi. Oleh itu suatu kajian telah dijalankan untuk menilai kualiti air dan kepelbagaian komuniti makroinvertebrat bentik di sungai tersebut serta mengenal pasti makroinvertebrat bentik yang berpotensi sebagai penunjuk biologi di ekosistem tanah tinggi. Persampelan telah dilakukan pada bulan April 2020 dan sebanyak sembilan stesen telah disampel yang mewakili Sungai Jeriau dan salah satu anak sungai yang bersambung dengan Sg. Jeriau. Makroinvertebrat bentik disampel menggunakan jaring Surber dan pengukuran in-situ kualiti air telah dilakukan untuk parameter kekonduksian, pepejal terlarut (TDS), pH, halaju air, suhu dan oksigen terlarut (DO) menggunakan meter YSI 885. Berdasarkan kepada piawaian kualiti air kebangsaan (NWQS), Sungai Jeriau didapati mempunyai kualiti air yang baik dan berada dalam kelas I untuk semua parameter yang dikaji. Ujian Kruskal-Wallis menunjukkan kebanyakan parameter kualiti air berbeza dengan bermakna di antara stesen persampelan (p<0.05, α=0.05) kecuali parameter suhu. Sejumlah 3085 individu makroinvertebrat bentik yang terdiri daripada 1 filum, 2 kelas, 8 order dan 52 famili telah direkodkan di kawasan kajian. Kawasan kajian didominasi oleh famili Elmidae dan Scirtidae (Order:Coleoptera), Baetidae dan Heptageniidae (Order:Ephemeroptera), Hydropsychidae dan Perlidae (Order:Trichoptera) diikuti oleh Tipulidae, Chironomidae dan Simulidae (Order:Diptera). Purata nilai Indeks Kepelbagaian Shannon (H’) adalah 2.56±0.17, Indeks Keseragaman Pielou (J) (0.76±0.09), Indeks Kekayaan Margalef, DMg (4.99±1.72) dan Indeks Reciprocal Berger-Parker (4.54±1.51) yang menunjukkan kualiti ekosistem di antara sederhana tertekan dan baik. Nilai kepelbagaian Shannon rendah disebabkan oleh pendominasian oleh beberapa famili seperti di atas dan pengiraan dilakukan pada aras hirarki taksonomi yang tinggi iaitu famili. Variasi kelimpahan makroinvertebrat bentik di kawasan kajian adalah besar iaitu lebih daripada 70%, dan ujian CCA menunjukkan kekonduksian, suhu dan oksigen terlarut mempunyai pengaruh terhadap famili Elmidae, Chironomidae dan Baetidae. Ujian Monte Carlo menunjukkan terdapat variasi yang signifikan pada paksi–1 CCA (p<0.05) bagi parameter kekonduksian dan oksigen terlarut. Hasil kajian menunjukkan Sg. Jeriau menampung kepelbagaian yang tinggi dan famili Elmidae, Chironomidae dan Baetidae berpotensi sebagai penunjuk biologi ekosistem sungai tanah tinggi.