Geografi politik dan pilihan raya di kawasan parlimen (P073) Pasir Salak, Perak Darul Ridzuan
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, 2013 merupakan PRU paling sengit dalam sejarah pilihan ray umum di Malaysia dan disifatkan sebagai ‘ibu’ kepada kesemua 13 PRU yang telah diadakan di negara ini. Ini mewujudkan scenario persepsi dan partisipasi politik yang menarik dalam sejarah politik dan pilihan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20429/1/481-Article%20Text-697-1-10-20220712.pdf http://journalarticle.ukm.my/20429/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/26 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, 2013 merupakan PRU paling sengit dalam sejarah
pilihan ray umum di Malaysia dan disifatkan sebagai ‘ibu’ kepada kesemua 13 PRU
yang telah diadakan di negara ini. Ini mewujudkan scenario persepsi dan partisipasi
politik yang menarik dalam sejarah politik dan pilihan raya di negara ini termasuk di
Perak. Justeru, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis geografi politik
dan pilihan rayadi kawasan P73 Parlimen Pasir Salak serta mengkaji pilihan politik
menuju PRU-14 akan datang. Dari segi geografi pilihan raya, Parlimen Pasir Salak
yang merupakan kawasan luar bandar mengandungi 50 kawasan daerah mengundi
dan merupakan kawasan majoriti etnik Melayu. Jika ditinjau dari aspek sejarah
pilihan raya, kawasan Parlimen Pasir Salak merupakan kawasan yang dikuasai oleh
Perikatan (kini BN) sejak Pilihan Raya Umum 1955 sehingga Pilihan Raya Umum
2013. Bagi mencapai objektif kajian, seramai 200 orang responden telah dipilih yang
merupakan pengundi di kawasan tersebut dengan menggunakan instrumen borang
soal selidik di samping temubual bersemuka, pemerhatian di lapangan dan juga
rujukan terhadap sumber sekunder yang berkaitan. Data daripada borang soal selidik
telah dianalisis menggunakan perisian SPSS dan dibentangkan dalam pelbagai bentuk
jadual serta rajah. Hasil kajian mendapati bahawa persepsi dan partisipasi penduduk
berbeza-beza berdasarkan kepelbagaian latar belakang demografi dan sosioekonomi
mereka. 37.6 peratus pengundi berbangsa Melayu dikenal pasti sebagai golongan
yang paling aktif berpartisipasi dalam politik yakni mendengar ceramah politik yang
dianjurkan semasa kempen pilihan raya. Pandangan mereka dalam politik tempatan
ini juga dipengaruhi oleh sumber maklumat maklumat politik yang disampaikan dan
56.5 peratus daripada keseluruhan responden menyatakan bahawa mereka paling
mempercayai sumber maklumat politik daripada media elektronik. Dari segi sokongan
kepada parti politik pula, majoriti responden menyatakan akan menyokong BN pada
PRU akan datang. |
---|