Meneroka gaya hidup dan gaya keibubapaan terhadap normalisasi keterlibatan individu dalam gejala LGBT dalam kalangan mahasiswa

Personaliti dan gaya hidup seseorang seringkali dikatakan bergantung rapat dengan gaya keibubapaan yang diterima. Kajian berkenaan isu LGBT masih lagi baharu di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pengalaman informan beridentifikasi sebagai individu yang mempunya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Nursabrina Batrisyia Wan Rushdan,, Nasrudin Subhi,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20422/1/473-Article%20Text-681-1-10-20220712.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20422/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/26
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Personaliti dan gaya hidup seseorang seringkali dikatakan bergantung rapat dengan gaya keibubapaan yang diterima. Kajian berkenaan isu LGBT masih lagi baharu di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pengalaman informan beridentifikasi sebagai individu yang mempunyai ketertarikan seks sama jantina serta melihat perkaitannya dengan gaya keibubapaan dan kesan kehidupan di universiti terhadap pembentukan identiti seksual mereka. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan fenomologi sebagai reka bentuk kajian. Seramai enam orang informan terpilih menggunakan teknik persampelan bola salji (snowball sampling) dan mereka adalah terdiri daripada mahasiswa yang berumur 20 hingga 25 tahun. Temu bual dilakukan secara mendalam berpandukan protokol temu bual separa berstruktur. Temu bual yang telah siap ditranskripsi telah dianalisis menggunakan analisis tema. Tema-tema yang timbul telah digugus mengikut kesesuaian dalam memberikan makna. Keputusan kajian mendapati sebanyak tujuh tema utama yang timbul: (i) gaya keibubapaan, (ii) menyedari seksualiti, (iii) kehidupan di universiti, (iv) konflik yang dialami, (v) strategi daya tindak, (vi) nasihat dan (vii) harapan untuk diri sendiri. Kesimpulannya, gaya keibubapaan berbentuk permisif serta suasana kehidupan yang lebih bersifat terbuka di universiti cenderung untuk memberikan kebebasan dan menggalakkan perkembangan identiti LGBT dalam kalangan informan. Implikasi daripada kajian ini diharap dapat membantu golongan LGBT untuk lebih memahami situasi yang dialami serta mencari jalan keluar yang terbaik. Selain itu, diharap dapatan kajian juga berupaya membantu keluarga, sahabat serta ahli profesional dalam usaha untuk menambah baik respons tolong bantu yang diberikan kepada LGBT yang terkesan dengan isu sedemian dalam kehidupan mereka.