Analisis persepsi ibu bapa terhadap manfaat dan risiko penggunaan internet dalam kalangan remaja di Lembah Klang
Penggunaan Internet dan peranti pintar yang meresap ke dalam masyarakat menjadikan golongan remaja antara yang aktif menggunakan Internet dan pelbagai peralatan digital dalam kehidupan harian. Di sebalik penggunaan Internet sebagai satu keperluan pada masa kini, timbul persoalan tentang manfaa...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20383/1/50966-186957-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/20383/ https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1527 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penggunaan Internet dan peranti pintar yang meresap ke dalam masyarakat menjadikan golongan
remaja antara yang aktif menggunakan Internet dan pelbagai peralatan digital dalam kehidupan
harian. Di sebalik penggunaan Internet sebagai satu keperluan pada masa kini, timbul persoalan
tentang manfaat dan risiko penggunaan Internet kepada remaja. Sehubungan dengan itu, artikel ini
bertujuan untuk membincangkan tentang persepsi ibu bapa terhadap manfaat dan risiko penggunaan
Internet kepada remaja. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif menerusi borang soal
selidik. Seramai 384 orang ibu bapa di sekitar Lembah Klang yang mempunyai anak remaja berusia 13
hingga 17 tahun dan menggunakan Internet menjadi responden melalui proses persampelan
bertujuan. Analisis data dijalankan secara deskriptif dan berdasarkan inferens bagi mengkaji min dan
sisihan piawai serta ujian t tidak bersandar. Dapatan kajian menunjukkan ibu bapa berpandangan
bahawa remaja menggunakan Internet untuk pembelajaran, hiburan, berkomunikasi dan memperoleh
maklumat. Namun penggunaan Internet berupaya mendedahkan remaja kepada orang yang tidak
dikenali serta pengaruh negatif daripada kandungan dalam talian. Sementara itu, dapatan kajian juga
menunjukkan persepsi terhadap manfaat dan risiko penggunaan Internet kepada remaja tidak
dipengaruhi oleh faktor jantina ibu bapa. Dapatan kajian ini juga dapat memberi kesedaran kepada ibu
bapa tentang pentingnya mengambil perhatian tentang penggunaan Internet oleh anak-anak pada
masa kini khususnya remaja supaya dapat memantau penggunaan Internet bagi tujuan yang
bermanfaat dan menghindari aktiviti berisiko dalam talian. |
---|