Kajian netnografi masyarakat pelbagai etnik di Facebook mengenai kajian kontrak sosial
Media sosial merupakan platform yang menyerlahkan pemikiran dan tingkah laku sebenar individu dalam masyarakat. Isu-isu sensitif seperti isu bahasa, agama, hak istimewa orang Melayu dan sistem beraja senang diluahkan di media sosial. Isu-isu ini sering menimbulkan perdebatan dan pertelingkahan...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20376/1/51135-186915-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/20376/ https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1527 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Media sosial merupakan platform yang menyerlahkan pemikiran dan tingkah laku sebenar individu
dalam masyarakat. Isu-isu sensitif seperti isu bahasa, agama, hak istimewa orang Melayu dan sistem
beraja senang diluahkan di media sosial. Isu-isu ini sering menimbulkan perdebatan dan
pertelingkahan dalam masyarakat. Maka, satu kajian kualitatif telah dijalankan melalui kaedah
netnografi yang bertujuan untuk meninjau realiti persepsi pengguna di media sosial terhadap kontrak
sosial dalam Perlembagaan Persekutuan. Sampel kajian terdiri daripada Informan yang merupakan
pengguna media sosial yang memberi komen di setiap hantaran dalam halaman Facebook Kajian
Kontrak Sosial. Dua jenis hantaran telah dibuat iaitu perkongsian formal dan tidak formal. Hasil
dapatan menunjukkan penerimaan Informan majoritinya berbeza mengikut etnik, iaitu etnik Melayu
lebih cenderung menerima atau bersikap lebih positif terhadap perbincangan mengenai kontrak
sosial, manakala masyarakat bukan Melayu menerima dengan sikap bercampur baur serta lebih
mudah beremosi terhadap perkara ini. Sikap tidak berpuas hati serta prejudis etnik bukan Melayu
terpapar melalui respon atau tindak balas yang beremosi serta turut mengaitkannya dengan unsur
politik perkauman. Lapan tema telah dihasilkan daripada analisis ini, iaitu i) sentimen perkauman, ii)
ekonomi, iii) politik, iv) pengetahuan terhadap kontrak sosial, v) istilah kontrak sosial, vi) emosi
terhadap kontrak sosial, vii) isu warganegara dan hak istimewa, viii) komen membina dan cadangan
akan datang. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan etnik bukan Melayu kurang berpuas hati
dengan istilah dan elemen-elemen kontrak sosial serta dikaitkan dengan sentimen politik, bangsa dan
ekonomi. Walaupun ramai Informan yang dilihat menjawab dengan fakta, namun tidak dinafikan
emosi banyak memberi kesan kepada penulisan Informan. |
---|