Fenomena penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja felda di Gugusan Felda Taib Andak : suatu tinjauan sosiolinguistik

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah bertujuan untuk menyingkap fenonema penggunaan bahasa slanga yang menjadi “trend” pada zaman kini. Oleh itu itu pengkaji telah menjalankan penyelidikan terhadap penggunaan bahasa slanga yang turut diujarkan dalam kalangan golongan remaja di luar band...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norfarahdila Jamali,, Sa’adiah Ma’alip,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20372/1/174-Article%20Text-254-1-10-20191012.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20372/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/5
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah bertujuan untuk menyingkap fenonema penggunaan bahasa slanga yang menjadi “trend” pada zaman kini. Oleh itu itu pengkaji telah menjalankan penyelidikan terhadap penggunaan bahasa slanga yang turut diujarkan dalam kalangan golongan remaja di luar bandar khususnya di kawasan FELDA. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tentang bentuk-bentuk bahasa slanga yang sering digunakan oleh remaja Felda, mengenal pasti kekerapan penggunaan bahasa slanga dalam aspek komunikasi mereka. Pengkaji juga ingin mengetahui legih terperinci mengenai faktor remaja lebih bersikap untuk cenderung menggunakan bahasa slanga tersebut dan menilai kesan yang timbul daripada fenomena penggunaan bahasa slanga yang semakin berleluasa. Menerusi kajian ini, pengkaji telah memilih subjek yang terdiri daripada golongan remaja FELDA yang berlainan gender, latar belakang dan umur. Pengkaji turut mengehadkan kawasan kajian kepada empat buah FELDA yang saling berkelompok. Dalam penyelidikan ini, pengkaji telah menggunakan kaedah penyelidikan campuran iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Pengkaji telah menggunakan pendekatan borang soal selidik untuk diedarkan kepada 35 orang remaja berserta pemerhatian dan temu bual. Menerusi dapatan kajian, pengakaji telah menemui pelbagai kosa kata slanga yang kerap digunakan oleh remaja FELDA. Terdapat faktor yang menyebabkan bahasa slanga tersebar luas dan terdapat kesan sampingan daripada penggunaannya yang boleh menjejaskan Bahasa Melayu.