Ini kahwin dengan Puteri Jinjana : satu kajian naskhah dan analisis sosiologi

Kajian manuskrip ini meneliti naskhah Ini kahwin dengan Puteri Jinjana yang tersimpan di Koleksi Arkib dan Khas, Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Teks Ini kahwin dengan Puteri Jinjana merupakan sebuah naskhah yang menggambarkan tentang kehidupan golongan diraja yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Syukri Masehood,, Zubir Idris,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20370/1/170-Article%20Text-252-1-10-20191012.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20370/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/5
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian manuskrip ini meneliti naskhah Ini kahwin dengan Puteri Jinjana yang tersimpan di Koleksi Arkib dan Khas, Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Teks Ini kahwin dengan Puteri Jinjana merupakan sebuah naskhah yang menggambarkan tentang kehidupan golongan diraja yang sarat dengan aspek sosial dan budaya. Kajian ini menggunakan pendekatan sosiologi untuk menelusuri pelbagai aspek sosial dan budaya yang diamalkan dalam kehidupan seharian golongan diraja. Baginda Usul Majlis Perdana Halim merupakan watak utama dalam penceritaan ini selain Permaisuri Beranta Nurhalam, Puteri Jinjana dan Shah Alam Besar. Sehubungan itu, hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa aspek sosial dan budaya yang ditemui dalam naskhah ini seperti kepercayaan terhadap kewujudan makhluk halus, pengamalan unsur magis dalam kalangan golongan diraja, penggunaan sirih, perubatan tradisional dan institusi perkahwinan. Diharap kajian ini dapat memberikan maklumat kepada masyarakat untuk meneliti manuskrip-manuskrip yang boleh didapati dengan menggunakan pendekatan sosiologi.