Perkembangan agama Buddha aliran Vajrayana di Malaysia, 1977-2012

Agama Buddha memiliki sejarah perkembangan yang panjang di Malaysia. Penyebaran agama Buddha di negara ini dapat dilihat dengan adanya pertubuhan-pertubuhan organisasi agama Buddha dan tempat ibadat yang telah lama dibina. Aliran agama Buddha yang berkembang di Malaysia adalah Buddha Mahayana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Loo, Bao Jie, Rahilah Omar,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20367/1/167-Article%20Text-249-1-10-20191012.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20367/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/5
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Agama Buddha memiliki sejarah perkembangan yang panjang di Malaysia. Penyebaran agama Buddha di negara ini dapat dilihat dengan adanya pertubuhan-pertubuhan organisasi agama Buddha dan tempat ibadat yang telah lama dibina. Aliran agama Buddha yang berkembang di Malaysia adalah Buddha Mahayana dan Buddha Theravada (atau Hinayana) sejak zaman kolonial British. Kedua-dua aliran ini juga berkembang dari tempat yang berbeza iaitu dari China, Thailand, Burma, dan Sri Lanka. Dari segi sejarah perkembangannya, aliran Buddha Vajrayana dilihat semakin berkembang dan tersebar luas di seluruh Malaysia. Aliran ini berasal dari negara China iaitu dari wilayah Tibet. Perkembangan aliran Buddha Vajrayana ini secara dominannya dianuti oleh masyarakat Cina. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan penyebaran aliran Buddha Vajrayana di Malaysia dengan pengkhususan masa iaitu sejak 1977 sehingga 2012. Selain itu, kajian ini juga bertujuan menganalisa pengaruh Buddha Vajrayana terhadap sosio-ekonomi masyarakat Cina di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan melakukan pendekatan ‘content analysis’ terhadap sumber-sumber yang diperolehi. Sumber-sumber primer diperolehi melalui kaedah temu bual dengan responden-responden terpilih. Hasil kajian mendapati bahawa aliran Buddha Vajrayana ini meskipun agak baru berbanding dua aliran Buddha yang lain telah memberikan pengaruh yang besar ke atas masyarakat Cina dari segi sikap kerja keras untuk mempertingkat taraf ekonomi mereka. Pada masa yang sama ia berhasil memupuk semangat kerjasama yang kukuh dalam kalangan mereka sesama sendiri.