Keberkesanan sarikata sebagai fasilitator untuk pembelajaran bahasa dalam penguatkuasaan perbendaharaan kata dan pemahaman dalam kalangan penutur bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
Perbendaharaan kata merupakan kaedah penting untuk bertukar idea dan memperoleh pengalaman baru. Kekurangan pengetahuan dalam perbendaharaan kata akan menyebabkan penutur Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, kurang memahami bahasa tersebut. Bahan audiovisual yang dipertingkatkan dengan penggu...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20310/1/134-Article%20Text-192-1-10-20191009.pdf http://journalarticle.ukm.my/20310/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/7 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perbendaharaan kata merupakan kaedah penting untuk bertukar idea dan memperoleh
pengalaman baru. Kekurangan pengetahuan dalam perbendaharaan kata akan menyebabkan
penutur Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, kurang memahami bahasa tersebut. Bahan
audiovisual yang dipertingkatkan dengan penggunaan sarikata adalah alat pedagogi yang baik,
dipercayai mampu memudahkan pemahaman. Kajian ini menyiasat keadaan sarikata yang
paling berkesan dalam memudahkan pemerolehan perbendaharaan kata dan pemahaman di
kalangan penutur Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada pelajar memperolehi prestasi
secara berbeza bergantung pada tahap kemahiran mereka dan untuk menentukan persepsi
pelajar tentang penggunaan sarikata untuk pembelajaran bahasa. 10 orang pelajar prasiswazah
dengan tahap kemahiran Bahasa Inggeris yang berbeza berdasarkan skor MUET mereka, telah
digunakan untuk kajian ini. Peserta diminta menonton empat video dari sebuah sitkom Amerika
bertajuk "How I Met Your Mother" dengan setiap video diberi sari kata yang berlainan (L2 =
sarikata Bahasa Inggeris, L1 = Bahasa Malaysia, dua subtitle = L1 + L2 dan tiada sarikata).
Instrumen yang digunakan adalah ujian kosa kata, ujian kefahaman dan soal selidik untuk
mengenal pasti persepsi mereka tentang sarikata. Hasil kajian menunjukkan keadaan sarikata
dan tahap kecakapan bahasa yang berbeza, boleh memberi kesan yang berbeza terhadap
perbendaharaan kata dan pemahaman pelajar. |
---|