Kerajaan kleptokratik pasca reformasi di Malaysia dan Indonesia

Kleptokrasi merupakan pemerintahan sebuah negara yang diperintah oleh kleptokrat yang memerintah dengan cara mengaut kekayaan peribadi melalui pemindahan hasil negara kepada mereka secara tidak sah. Hasil negara ini dipindah melalui pelbagai kaedah seperti rasuah dan salah guna kuasa yang meny...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Ali Hassan,, Mohd Izzuddin Nazaruddin,, Jayum Jawan,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20300/1/25931-77652-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20300/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1083
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kleptokrasi merupakan pemerintahan sebuah negara yang diperintah oleh kleptokrat yang memerintah dengan cara mengaut kekayaan peribadi melalui pemindahan hasil negara kepada mereka secara tidak sah. Hasil negara ini dipindah melalui pelbagai kaedah seperti rasuah dan salah guna kuasa yang menyebabkan negara mengalami kerugian dari perbuatan salah laku mereka. Tujuan artikel ini ialah membincangkan amalan kleptokrasi pasca era reformasi dalam pemerintahan di Malaysia dan Indonesia. Artikel ini berhujah, elemen pemerintahan kleptokrasi di Malaysia mula wujud selepas era Reformasi khususnya ketika era pemerintahan Najib Razak, manakala elemen pemerintahan kleptokrasi di Indonesia pula berakhir selepas munculnya era Reformasi dengan jatuhnya pemerintahan Soeharto. Pemerintahan kleptokrasi yang wujud ini telah mengakibatkan berlakunya penyalahgunaan kuasa, pelanggaran undang-undang, dan amalan rasuah sehingga memberikan impak yang besar terhadap pembangunan politik kedua-dua negara terbabit.