Pembingkaian isu liberalisme agama dalam portal berita di Malaysia

Isu liberalisme agama sering menjadi perhatian akhbar di Malaysia terutamanya apabila menyentuh kedudukan Islam dalam perlembagaan. Kajian ini memfokuskan kepada liberalisme agama yang dibawa oleh G25 yang mengkritik Undang-undang Khalwat sebagai menceroboh peribadi orang awam. Kajian ini dija...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shahrul Nazmi Sannusi,, Nurimanah Seman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20295/1/25200-74440-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20295/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1083
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu liberalisme agama sering menjadi perhatian akhbar di Malaysia terutamanya apabila menyentuh kedudukan Islam dalam perlembagaan. Kajian ini memfokuskan kepada liberalisme agama yang dibawa oleh G25 yang mengkritik Undang-undang Khalwat sebagai menceroboh peribadi orang awam. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti bagaimana Malaysiakini, Utusan Online dan Sinar Online melaporkan berita liberalisme agam. Selain itu, kajian ini juga untuk melihat bentuk pembingkaian daripada penonjolan dan pemilihan isu yang dilakukan oleh ketiga-tiga portal tersebut sebagai maklumat yang perlu diketahui oleh khalayak. Sebanyak 85 artikel dari ketiga-tiga portal telah dikumpulkan (mulai 1 November 2015 hingga 31 Januari 2016) dengan memberi tumpuan kepada isu pemansuhan undang-undang khalwat oleh G25. Hasil kajian mendapati bahawa tidak timbul isu mempolitikkan agama dalam kes liberalisme agama G25. Hasil kajian mendapati, Utusan Online dan Sinar Online mempertahankan Islam bersandarkan kepada perlembagaan walaupun mempunyai latar belakang pemilikan media yang berbeza. Selain itu kajian ini juga memberikan definisi istilah liberalisme agama yang diterjemahkan media sebagai sesuatu usaha yang berkaitan dengan meminggirkan agama, tidak suka hidup beragama dan menolak undang-undang yang mengongkong hak asasi dan kebebasan manusia. Pemilihan dan penonjolan yang dibuat media dalam isu ini menjadikan konsep liberalisme itu difahami sebagai mendatangkan bahaya kepada umat Islam. Menerusi analisis pembingkaian, dapat dilihat dengan jelas apa yang ada dalam pemikiran pengamal media. Sama ada berita yang diterbitkan itu bertujuan untuk memberitahu, sekadar melaporkan atau mencetuskan kontroversi.