Kos pengurangan pencemaran dan pematuhan alam sekitar dalam industri pembuatan

Walaupun terdapat banyak kajian empirikal yang mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pematuhan alam sekitar, secara relatifnya masih sedikit bukti yang dapat membantu pengurus memahami kesan keputusan pematuhan ke atas perbelanjaan pengurangan pencemaran. Kertas ini menganalisis sama ada kos pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nasir Nawawi,, Nizam Ahmat,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20074/1/jeko_523-8.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20074/
https://www.ukm.my/jem/issue/v52i3/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Walaupun terdapat banyak kajian empirikal yang mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pematuhan alam sekitar, secara relatifnya masih sedikit bukti yang dapat membantu pengurus memahami kesan keputusan pematuhan ke atas perbelanjaan pengurangan pencemaran. Kertas ini menganalisis sama ada kos pematuhan berbeza mengikut tahap pematuhan alam sekitar. Berdasarkan model kos operasi pengurangan percemaran (Pollution Abatement Operation Cost – PAOC), kami menganggarkan kesan tahap pematuhan, saiz firma, usia kilang dan piawaian ke atas kos pematuhan. Hasil kajian mendapati tahap pematuhan dan saiz firma signifikan secara negatif mempengaruhi PAOC. Firma yang tidak patuh pada peraturan alam sekitar menanggung PAOC sebanyak 3.35 peratus lebih tinggi berbanding firma yang patuh dan hampir 2 peratus lebih tinggi bagi firma kecil. Bagi penguatkuasa, keputusan ini sebagai insentif pengurangan kos untuk menggalakan firma mematuhi peraturan dan meningkatkan tahap pematuhan melalui penguatkuasaan undangundang. Namun, firma kecil memerlukan bantuan dalam menggurangkan beban merawat sisa efluen bagi mengekalkan daya saing tanpa berkompromi dengan peraturan alam sekitar.