Pola perbelanjaan dan cadangan penentuan haddul kifayah mahasiswa institusi pengajian tinggi : kajian di Kuala Terengganu, Terengganu

Kos sara hidup memberikan tekanan kepada pelajar terutamanya dengan kenaikan harga keperluan makanan dan bukan makanan termasuklah yuran pengajian, pengangkutan dan kesihatan. Kajian ini dibuat bagi mengenal pasti tahap keberkesanan dan corak penggunaan wang zakat yang diberikan oleh Majlis Agama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Che Wan Maisarah Che Wan Ismail,, Hairunnizam Wahid,, Mohd Ali Mohd Noor,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20028/1/admin_personalia%2C%2BArtikel-16_HAIRUNNIZAM-WAHID.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20028/
https://www.ukm.my/personalia/publication-category/jilid-21-bil-2/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kos sara hidup memberikan tekanan kepada pelajar terutamanya dengan kenaikan harga keperluan makanan dan bukan makanan termasuklah yuran pengajian, pengangkutan dan kesihatan. Kajian ini dibuat bagi mengenal pasti tahap keberkesanan dan corak penggunaan wang zakat yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kepada mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Terengganu. Sampel yang dipilih adalah pelajar ijazah pertama sepenuh masa di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang mendapat bantuan zakat di bawah kategori asnaf fi-sabilillah daripada MAIDAM. Selain itu, tumpuan kajian adalah ke atas corak perbelanjaan sebulan mahasiswa mengikut tujuh kategori keperluan asas perbelanjaan dharuriyyat. Kajian ini juga merangkumi pelbagai faktor demografi yang mempengaruhi pola perbelanjaan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bantuan zakat mampu memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar dan meringankan beban kewangan keperluan asas mereka. Hasil kajian juga mendapati mahasiswa berbelanja lebih terhadap keperluan makanan diikuti pendidikan dan perlindungan. Namun, secara keseluruhan, majoriti mahasiswa mengalami perbelanjaan defisit. Implikasi kajian ini ialah pihak MAIDAM boleh menggunakan pola perbelanjaan ini sebagai asas rujukan untuk mengira haddul kifayah mahasiswa di negeri Terengganu serta menilai kembali jumlah bantuan yang diberikan kepada asnaf ini. Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut dibincangkan dalam kajian ini.