Penggunaan analisis faktor bagi menentukan faktor pendorong kemiskinan isi rumah di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia

Isu kemiskinan telah menjadi satu topik permasalahan utama dalam sesbuah negara kerana ianya bergantung kepada sumber pendapatan. Unit Perancang Ekonomi menilai kemiskinan isi rumah berdasarkan kepada pendapatan garis kemiskinan (PGK) dan perbelanjaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Sahrul Syukri,, Nurul Farahein,, Narimah Samat,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19998/1/35113-109848-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19998/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1205
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu kemiskinan telah menjadi satu topik permasalahan utama dalam sesbuah negara kerana ianya bergantung kepada sumber pendapatan. Unit Perancang Ekonomi menilai kemiskinan isi rumah berdasarkan kepada pendapatan garis kemiskinan (PGK) dan perbelanjaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor pendorong yang mempengaruhi kecenderungan tahap kemiskinan isi rumah di kawasan wilayah utara Semenanjung Malaysia. Metodologi kajian ini diperolehi daripada borang soal selidik diedarkan secara rawak kepada 302 responden isi rumah di wilayah utara Semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Penggunaan analisis faktor menerbitkan 15 sub-faktor pendorong yang mempengaruhi kecenderungan tahap kemiskinan isi rumah. Keputusan analisis faktor berjaya membangkitkan satu faktor pendorong baru hasil gabungan item daripada pembolehubah asal. Faktor pendorong baru ini dinamakan halangan. Meskipun analisis faktor dapat membentuk pembolehubah baru, namun wujud satu pembolehubah asal iaitu kebebasan digugurkan dari kajian ini. Item asal dalam pembolehubah ini berkorelasi dengan baik dalam konstruk lain. Kesemua 15 sub-faktor pendorong diklasifikasikan semula berdasarkan senarai pendek yang diperolehi. 15 sub-faktor pendorong ini disusun mengikut nilai eigenvalue tertinggi sebagai pembolehubah tidak bersandar bagi menerangkan pembolehubah lain. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati model pemilikan rumah, persepsi akses pendidikan, kesihatan, pengurusan kewangan dan kemudahan lain yang disediakan merupakan faktor pendorong yang dominan mempengaruhi tahap dorongan kelompok kemiskinan isi rumah.