Struktur dramatik Buang karya Roziah Adama

Drama Buang oleh Roziah Adama telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia Dewan Sastera, pada 2015. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan meneliti kekuatan struktur dramatik Buang. Bagi menjawab persoalan ini lima daripada enam elemen Aristotle iaitu, tema, plot, watak, bahasa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shafizah Mohd Fauzi,, Nur Afifah Vanitha Abdullah,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19978/1/281-Article%20Text-405-1-10-20200427.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19978/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/11
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Drama Buang oleh Roziah Adama telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia Dewan Sastera, pada 2015. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan meneliti kekuatan struktur dramatik Buang. Bagi menjawab persoalan ini lima daripada enam elemen Aristotle iaitu, tema, plot, watak, bahasa dan kekaguman diaplikasi bagi meneliti skrip Buang. Data artikel ini diperolehi daripada kaji jenis fundamental dengan reka bentuk kajian kualitatif. Dapatan kajian ini ialah antara kekuatan drama Buang adalah pemaparan dua watak yang memainkan peranan penting bagi menghidupkan jalan cerita. Buang jelas mengangkat tema masalah sosial, iaitu isu masyarakat terpinggir dalam bandar, manakala plot drama ini berbentuk linear kerana jalan ceritanya berdasarkan urutan masa. Dari segi watak pula, drama ini hanya menampilkan watak protagonis dan antagonis pada permulaan cerita sehingga ke penamat cerita. Drama Buang juga telah menggunakan bahasa mengikut peredaran zaman kini iaitu gaya bahasa yang terdiri daripada sinkof, perlambangan, simpulan bahasa serta bahasa kasar. Dalam elemen kekaguman pula terdapat set dan prop, kostum, kesan khas dan pencahayaan. Format penulisan drama ini dapat dijadikan garis panduan bagi penulisan drama yang berstandard tinggi.