Prevalens dan tekanan psikologikal dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang mencederakan diri tanpa niat membunuh diri di negeri Selangor

Penglibatan golongan remaja dalam tingkah laku mencederakan diri tanpa niat membunuh diri atau Nonsuicidal Self-Injury (NSSI) dilihat semakin kerap dan amat membimbangkan. Tingkah laku ini juga didapati memudaratkan diri sendiri baik dari segi fizikal dan mental. Selain daripada faktor sosial dan pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Danish Yusrie Mohd Khairul,, Mohammad Rahim Kamaluddin,, Chong, Sheau Tsuey, Mohd Suhaimi Mohamad,, Nasrudin Subhi,, Manisah Mohd Ali,, Marhani Midin,, Fairuz Nazri Abdul Rahman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19890/1/27390-189535-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19890/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1465
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penglibatan golongan remaja dalam tingkah laku mencederakan diri tanpa niat membunuh diri atau Nonsuicidal Self-Injury (NSSI) dilihat semakin kerap dan amat membimbangkan. Tingkah laku ini juga didapati memudaratkan diri sendiri baik dari segi fizikal dan mental. Selain daripada faktor sosial dan persekitaran, faktor dalaman seseorang individu seperti tekanan psikologikal turut menyumbang kepada tingkah laku NSSI. Kajian ini dijalankan untuk membentangkan prevalens NSSI dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Selangor serta mengenal pasti perbezaan tahap tekanan psikologikal yang dialami antara pelajar yang pernah dan tidak pernah terlibat dalam NSSI. Kajian ini dilakukan melalui kaedah kuantitatif iaitu metod survei dengan menggunakan borang soal selidik yang merangkumi item berkaitan NSSI dan juga instrumen General Health Questionnaire (GHQ-12). Responden kajian ini melibatkan 1021 pelajar sekolah menengah yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak. Secara keseluruhannya, kadar prevalens NSSI dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Selangor ialah 15.1% di mana prevalens dalam kalangan pelajar lelaki ialah 14.2% dan pelajar perempuan ialah 16.1%. Hasil analisis Ujian T Sampel Bebas menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi tahap tekanan psikologikal (t(1019)=8.28, p<.001 yang dialami antara pelajar yang pernah mencederakan diri dan tidak pernah mencederakan diri. Pemahaman yang mendalam tentang faktor psikologikal terhadap tingkah laku NSSI dapat memberi pendedahan kepada pelbagai pihak termasuklah badan kaunseling dan kesihatan mental bagi mengenal pasti langkah pencegahan proaktif serta intervensi yang boleh diambil untuk membanteras tingkah laku mencederakan diri.