Adaptasi budaya Melayu dalam kalangan masyarakat Iban di Lumut, Perak

Makalah ini mengenai masyarakat Iban yang menetap di Lumut, Perak. Kajian ini bertujuan mengkaji mengenai adaptasi budaya Melayu dalam kalangan masyarakat Iban yang telah migrasi disebabkan pekerjaan. Permasalahan kajian ini adalah bagaimana kalangan masyarakat Iban boleh menerima budaya Melayu d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Debbie Andrew,, Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19853/1/448-Article%20Text-631-1-10-20220704.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19853/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/22
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini mengenai masyarakat Iban yang menetap di Lumut, Perak. Kajian ini bertujuan mengkaji mengenai adaptasi budaya Melayu dalam kalangan masyarakat Iban yang telah migrasi disebabkan pekerjaan. Permasalahan kajian ini adalah bagaimana kalangan masyarakat Iban boleh menerima budaya Melayu dan adaptasi dalam kehidupan seharian. Objektif kajian ini adalah menganalisis mengenai adaptasi budaya Melayu dalam kalangan masyarakat Iban di Lumut, Perak. Metodologi penyelidikan kajian ini menggunakan penyelidikan kualitatif. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan dan temubual dalam usaha memperoleh data yang berkaitan dengan penyelidikan. Kajian ini juga disokong dengan bahan sekunder yang diperolehi daripada kajian keperpustakaan. Hasil dapatan mendapati budaya yang diamalkan oleh masyarakat Iban sebelum ini tidak menjejaskan identiti dan jati diri. Hasil kajian menjelaskan budaya yang masyarakat Iban amalkan telah diadaptasikan mengikut kesesuaian dan persekitaran mereka. Masyarakat Iban di Lumut, Perak dapat menjalani kehidupan dengan aman dan tanpa ada prasangka terhadap masyarakat tempatan. Sumbangan kajian ini dapat memberi penambah baik kosa ilmu pengetahuan dan menjelaskan kepada generasi muda masyarakat Iban perlu keluar daripada lingkungan kehidupan mereka.