Persepsi masyarakat terhadap dasar kesejahteraan semasa pandemik dalam kalangan komuniti rentan Kota Damansara, Selangor
Pertambahan kes COVID-19 di Malaysia masih tinggi walaupun telah setahun berlalu. Hal ini telah memberikan pelbagai implikasi kepada rakyat Malaysia khasnya golongan rentan yang berpendapatan rendah, tinggal di perumahan sempit di bandar, mempunyai pekerjaan tidak tetap dan sebagainya. Bagi menja...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19846/1/439-Article%20Text-617-1-10-20220704.pdf http://journalarticle.ukm.my/19846/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/22 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pertambahan kes COVID-19 di Malaysia masih tinggi walaupun telah setahun berlalu. Hal ini
telah memberikan pelbagai implikasi kepada rakyat Malaysia khasnya golongan rentan yang
berpendapatan rendah, tinggal di perumahan sempit di bandar, mempunyai pekerjaan tidak
tetap dan sebagainya. Bagi menjaga kesejahteraan rakyat, dari awal penularan pandemik,
kerajaan telah menyediakan kemudahan kewangan seperti bantuan PRIHATIN, I-Lestari dari
KWSP dan moratorium. Justeru, kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi atau respon
penduduk terhadap dasar kesejahteraan rakyat ini. Responden terdiri dari kalangan B40 yang
tinggal di kawasan bandar perumahan flat kos rendah di Kota Damansara. Metodologi yang
dipilih ialah kajian tinjauan borang soal-selidik atas talian dan seramai 261 responden berjaya
menjawab dengan baik. Kaedah persampelan mudahtelah digunakan. Sebanyak 15 kawasan flat
telah ditinjau. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden berpendidikan dan pendapatan
rendah telah menunjukkan respon positif iaitu 96.2% responden bersetuju dengan bahawa
bantuan PRIHATIN amat membantu semasa tempoh pandemik; 90.9% responden besetuju
bahawa kemudahan pengeluaran wang KWSP iaitu i-Lestari semasa tempoh wabak amat efektif;
89.7% responden bersetuju dengan kemudahan moratorium; 95.8% berharap kerajaan akan
menambah peruntukan untuk golongan B40; 96.2% berharap dasar kerajaan ditambah baik
untuk kebajikan rakyat berpendapatan rendah dan 96.9% akan menyokong kerajaan yang
menjaga kesejahteraan rakyat. Kajian ini memberikan implikasi bahawa rakyat sangat
menghormati kerajaan yang memahami nasib mereka. Kesimpulannya kajian ini telah
menunjukkan sokongan rakyat terhadap kerajaan dalam menjaga kesejahteraan sosial supaya
tidak terkesan teruk akibat pandemik. |
---|