Ketidakfleksibelan psikologi dan tingkah laku penangguhan akademik : peranan set minda

Tingkah laku penangguhan akademik merupakan tingkah laku di mana seseorang pelajar menundakan aktiviti akademik mereka seperti membuat laporan, mengadakan temu janji bersama pensyarah, mengulang kaji pelajaran dan sebagainya. Tingkah laku ini tidak asing lagi dalam kalangan pelajar universiti ter...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wardatul ‘Aisyah Mohammad,, Rozainee Khairuddin,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19839/1/432-Article%20Text-603-1-10-20220702.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19839/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/21
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tingkah laku penangguhan akademik merupakan tingkah laku di mana seseorang pelajar menundakan aktiviti akademik mereka seperti membuat laporan, mengadakan temu janji bersama pensyarah, mengulang kaji pelajaran dan sebagainya. Tingkah laku ini tidak asing lagi dalam kalangan pelajar universiti termasuk di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengkaji tahap tingkah laku penangguhan dalam kalangan mahasiswa di Malaysia dan menganalisis perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan. Selain itu, kajian ini juga mengukur hubungan antara ketidakfleksibelan psikologi dan tingkah laku penangguhan akademik. Seterusnya, peranan set minda sebagai mediator antara ketidakfleksibelan psikologi dan tingkah laku penangguhan akademik merupakan tujuan bagi kajian ini. Metod yang digunakan dalam kajian ini adalah secara kuantitatif. Soal selidik diedarkan dalam bentuk Google Form. Seramai 427 responden daripada IPT di Malaysia telah menjawab soal selidik yang diberikan. Hasil kajian mendapati bahawa tahap tingkah laku penangguhan akademik dalam kalangan pelajar adalah sederhana dan tiada perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Ketidakfleksibelan psikologi mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku penangguhan akademik dan set minda kekal mempunyai peranan sebagai mediator antara ketidakfleksibelan psikologi dan tingkah laku penangguhan akademik. Implikasi kajian ialah dapatan dapat dimanfaatkan oleh pihak tertentu bagi menangani penangguhan akademik dalam kalangan pelajar universiti.