Pengaruh faktor psikologikal terhadap kerentanan pengantunan seksual kanak-kanak dalam talian

Pengantunan seksual dalam talian merupakan salah satu daripada jenayah siber yang berbahaya dan ia didefinisikan sebagai proses persediaan dan pendedahan kanak-kanak terhadap seks sebelum melakukan penderaan seksual secara dalam talian seperti menggunakan platform media sosial. Kajian ini dijalan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Hafiza Ahmad,, Salina Nen,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19837/1/430-Article%20Text-598-1-10-20220702.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19837/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/21
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengantunan seksual dalam talian merupakan salah satu daripada jenayah siber yang berbahaya dan ia didefinisikan sebagai proses persediaan dan pendedahan kanak-kanak terhadap seks sebelum melakukan penderaan seksual secara dalam talian seperti menggunakan platform media sosial. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengaruh faktor psikologikal iaitu tret personaliti neurotisisme, kawalan diri dan estim kendiri terhadap kerentanan pengantunan seksual kanak-kanak dalam talian. Seramai 162 kanak-kanak di seluruh Malaysia berumur 13 hingga 17 tahun terlibat dengan kajian ini. Kajian kuantitatif berbentuk kajian rentas telah dijalankan melalui edaran borang soal selidik elektronik Google Form yang diedarkan melalui Whatsapp, Facebook, Instagram dan Twitter. Hasil analisis kajian mendapati tret personaliti neurotisisme (r=0.417, p=0.00) dan estim kendiri (r=0.206, p=0.00) mempunyai hubungan korelasi dengan kerentanan pengantunan seksual kanak-kanak dalam talian. Analisis regresi pelbagai mendapati kanak-kanak yang mempunyai tret personaliti neurotisisme yang tinggi dan estim kendiri yang rendah mempunyai kerentanan yang tinggi terhadap pengantunan seksual dalam talian. Tambahan, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan mempunyai tahap kerentanan yang sama bagi pengantunan seksual dalam talian. Kajian yang selanjutnya bagi faktor-faktor yang mempengaruhi kerentanan kanak-kanak wajar untuk dilaksanakan pada masa depan. Hal ini adalah kerana bagi mencegah kerentanan kanak-kanak terhadap jenayah seksual dalam talian dengan memanipulasi faktor and seterusnya mendidik kanak-kanak dan ibu bapa melalui psikopendidikan dan intervensi sebagai langkah pencegahan serta menjadi fokus perbincangan bagi kajian akan datang.