Cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah versi Malaysia & Indonesia : perbandingan latar budaya

Cerita rakyat seperti Bawang Putih Bawang Merah turut menggambarkan latar budaya masyarakat yang menuturkannya. Kertas kerja ini mengupas latar budaya dalam cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah versi Malaysia dan Indonesia. Analisis mengenai latar budaya masyarakat Melayu ini dilakukan berdasa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Irfan Waqiuddin Hasanudin,, Mohd Affiq Affandy Azlizan,, Muhd Norizam Jamian,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19772/1/420-Article%20Text-580-1-10-20220701.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19772/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/20
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cerita rakyat seperti Bawang Putih Bawang Merah turut menggambarkan latar budaya masyarakat yang menuturkannya. Kertas kerja ini mengupas latar budaya dalam cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah versi Malaysia dan Indonesia. Analisis mengenai latar budaya masyarakat Melayu ini dilakukan berdasarkan konsep kebudayaan oleh Koentjaraningrat (2000). Dua objektif kajian telah ditetapkan iaitu menganalisis latar budaya dalam cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah di Malaysia dan Indonesia; dan membuat perbandingan latar budaya yang terkandung dalam kedua-dua versi cerita rakyat tersebut. Dari segi metodologi, kajian ini berorientasikan kajian kepustakaan yang berteraskan kaedah kualitatif. Data kajian melibatkan kisah Bawang Putih Bawang Merah, versi Malaysia hasil selenggaraan Rubaidin Siwar (2002) dan Bawang Merah dan Bawang Putih versi Indonesia hasil selenggaraan Faza (2016). Selain itu, kaedah analisis kandungan dan teknik bacaan rapi diguna pakai untuk menganalisis data. Analisis dilakukan dengan memfokuskan tiga unsur kebudayaan iaitu bahasa, agama dan kepercayaan, dan ekonomi. Hasil kajian membuktikan bahawa cerita rakyat turut mencerminkan latar budaya sesebuah masyarakat. Cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah memperlihatkan bahawa masyarakat Melayu di Malaysia dan Indonesia memiliki unsur kebudayaan yang tersendiri dan istimewa. Sebagai bangsa serumpun yang berkongsi cerita rakyat yang serupa, masyarakat Melayu di kedua-dua negara saling memiliki persamaan budaya yang boleh dikongsi bersama dan perbezaan yang mengangkat keunikan jati diri masing-masing.