Aliran migrasi dalaman di Selangor pada tahun 2000 sehingga 2019

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis aliran migrasi dalaman di Selangor pada tahun 2000 sehingga 2019. Ia turut membincangkan taburan pengangguran yang berlaku di Selangor pada 1982 sehingga 2019. Isu makroekonomi tersebut tidak asing lagi di kawasan kajian. Hal ini kerana neger...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noor Fakhira Aqeela Azham,, Rosniza Aznie Che Rose,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19771/1/419-Article%20Text-578-1-10-20220701.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19771/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/20
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis aliran migrasi dalaman di Selangor pada tahun 2000 sehingga 2019. Ia turut membincangkan taburan pengangguran yang berlaku di Selangor pada 1982 sehingga 2019. Isu makroekonomi tersebut tidak asing lagi di kawasan kajian. Hal ini kerana negeri Selangor merupakan negeri destinasi utama migran di Malaysia disebabkan oleh pelbagai faktor penarik terutamanya dalam sektor ekonomi. Selain itu, negeri tersebut adalah negeri utama yang menyubang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Buktinya, pada tahun 2018 selangor menyumbang sebanyak 23.7 peratus kepada KDNK negara dan sekali gus mengekalkan statusnya sebagai penyumbang utama pelaburan tertinggi di Malaysia. Kajian ini mempunyai tiga objektif, yang pertama iaitu mengenalpasti aliran migran dalam negeri dan antara negeri, objektif kedua adalah menganalisis taburan pengangguran dan objektif ketiga adalah mencadangkan langkah yang sesuai untuk menangani isu pengangguran di negeri Selangor pada tempoh berkenaan. Ketiga-tiga objektif kajian tersebut dapat dicapai melalui kaedah pengumpulan data sekunder iaitu pembacaan ilmiah untuk mengukuhkan lagi data sekunder yang diperolehi daripada laman rasmi kerajaan seperti Jabatan Perangkaan Malaysia. Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh, berlaku penurunan migrasi bersih di Selangor. Ini kerana corak migrasi telah berubah seiring dengan waktu. Walau bagaimanapun, negeri Selangor tetap menjadi pilihan kebanyakan migran bagi tempoh berkenaan.