Cabaran aplikasi perisian perakaunan dalam pengurusan kewangan koperasi sekolah

Koperasi-koperasi sekolah di Malaysia telah menggunakan sistem perisian perakaunan yang dinamakan SEKKOP123 yang telah menjangkau usia sekitar sepuluh tahun. Sejak kebelakangan ini, isu penggunaan perisian tersebut yang kurang berjaya telah dibangkitkan. Bagi menangani isu tersebut kajian ini bertuj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamsidah Abu Hassan,, Aini Aman,, Khairul Azman Aziz,, Syahbudin Senin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19730/1/28775-90595-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19730/
https://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1139/showToc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Koperasi-koperasi sekolah di Malaysia telah menggunakan sistem perisian perakaunan yang dinamakan SEKKOP123 yang telah menjangkau usia sekitar sepuluh tahun. Sejak kebelakangan ini, isu penggunaan perisian tersebut yang kurang berjaya telah dibangkitkan. Bagi menangani isu tersebut kajian ini bertujuan menjawab persoalan berikut: Apakah cabaran yang timbul dalam penggunaan perisian perakaunan di koperasi sekolah? Bagaimanakah pihak yang bertanggungjawab atas penggunaannya membantu menghadapi cabaran tersebut? Secara umumnya kajian ini dijalankan secara kaedah kualitatif, menggunakan kajian kes dan temu bual. Satu set soalan temubual telah dibuat dan temubual telah diatur terhadap pengguna-pengguna perisian ini yang dipilih dari koperasi-koperasi sekolah. Sebanyak 10 pegawai telah ditemubual yang terdiri daripada bendahari koperasi sekolah, pegawai SEKKOP dan pegawai audit SKM. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa aspek kualiti sistem, kualiti maklumat dan kualiti perkhidmatan seperti mana yang terdapat dalam model DeLone dan McLean telah mempengaruhi tahap pengaplikasian perisian. Manakala dua aspek tambahan yang lain pula seperti aspek persekitaran dan aspek individu turut juga memberi kesan kepada pengaplikasian perisian. Dalam kajian ini aspek individu mempunyai perkaitan yang rapat dengan aspek yang lain, lalu menunjukkan terdapatnya hubungan yang dinamik antara aspek-aspek tersebut. Implikasi praktikal daripada kajian ini penekanan kepada perlunya pihak berkepentingan merencana mekanisme yang boleh menangani konflik tugas hakiki guru dan tugas pengurusan koperasi.