Kesedaran orang awam terhadap penggunaan aplikasi Save Me 999 Polis

Mulai 1 Oktober 2007, talian kecemasan 999 telah diperkenalkan kepada masyarakat Malaysia dengan menggabungkan semua nombor kecemasan iaitu 991, 994 dan 999 ke dalam satu nombor kecemasan bagi mengintegrasikan pengurusan data, bilangan kekuatan agensi dan penggunaan sistem yang bersepadu bagi mening...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Lim, Eng Yin, Muhammad Adnan Pitchan,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19581/1/239-Article%20Text-333-1-10-20200326.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19581/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/10
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mulai 1 Oktober 2007, talian kecemasan 999 telah diperkenalkan kepada masyarakat Malaysia dengan menggabungkan semua nombor kecemasan iaitu 991, 994 dan 999 ke dalam satu nombor kecemasan bagi mengintegrasikan pengurusan data, bilangan kekuatan agensi dan penggunaan sistem yang bersepadu bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kecemasan di antara agensi dengan satu prosedur dan tatacara perkhidmatan yang seragam bertepatan dengan hasrat kerajaan melalui motto “Satu Malaysia satu Nombor”. Kini, sebuah aplikasi telefon pintar telah dibentuk oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi keselamatan lain untuk membekalkan perkhidmatan kecemasan dalam talian kepada orang awam iaitu aplikasi Save Me 999 Polis. Oleh itu, kajian ini ingin melihat kesedaran orang awam terhadap penggunaan aplikasi Save Me 999 Polis dan mengumpulkan cadangan mengenai penambahbaikan aplikasi Save Me 999 Polis. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana seramai 15 orang informan telah ditemu bual melalui teknik kumpulan fokus. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesedaran informan terhadap penggunaan aplikasi Save Me 999 Polis masih berada di tahap yang rendah. Selain itu, hasil dapatan juga menerima beberapa cadangan yang dikemukakan oleh informan kepada pihak kerajaan mengenai penggunaan aplikasi Save Me 999 Polis seperti mengiklankan aplikasi Save Me 999 Polis di rancangan berita dalam televisyen serta melalui siaran radio dan melalui pengiklanan dalam pengangkutan awam untuk mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi terhadap aplikasi ini.