Perhubungan antara kualiti tidur dan prestasi akademik mahasiswa sarjana muda Universiti Kebangsaan Malaysia

Kualiti tidur adalah penting dalam memastikan kesihatan fungsi minda yang penting. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan kualiti tidur ke atas prestasi akademik. Pelbagai spekulasi wujud dalam menyatakan hubungan antara kualiti tidur dan prestasi akademik pelajar institusi pendidika...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Nasiruddin Nakur Ali,, Nik Hairi Omar,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19458/1/457-Article%20Text-651-1-10-20220705%20%281%29.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19458/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/24
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kualiti tidur adalah penting dalam memastikan kesihatan fungsi minda yang penting. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan kualiti tidur ke atas prestasi akademik. Pelbagai spekulasi wujud dalam menyatakan hubungan antara kualiti tidur dan prestasi akademik pelajar institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk meneliti dan meningkatkan kefahaman semua pihak tentang hubungan kualiti tidur dan prestasi akademik. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan antara kualiti tidur dan prestasi akademik dalam kalangan mahasiswa sarjanamuda Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuantitatif dan untuk mengkaji hubungan antara kualiti tidur dan prestasi akademik. Sejumlah 425 pelajar dari semua fakulti diUKM telah dijadikan responden dan menjawab tinjauan soalselidik mengenai kualiti tidur mereka (Pittsburgh indeks kualiti tidur, PSQI) dan CGPA. Kajian ini dilakukan pada pertengahan semester untuk mengawal faktor tekanan daripada mempengaruhi kualiti tidur pelajar. Perbezaan faktor demografi dalam kualiti tidur pelajar juga dikaji dan hasil kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara faktor demografi dalam kualiti tidur pelajar sarjana muda UKM. Penyelidik juga telah mengkaji dan meneliti arah hubungan bagi corak tidur dan prestasi akademik bagi mengenalpasti corak tidur yang sesuai bagi prestasi akademik yang optimum. Akhir sekali, kajian ini juga akan mengkaji hubungan antara disfungsi siang hari dan prestasi akademik. Hasil kajian menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara kualiti tidur, disfungsi siang hari serta corak tidur dengan prestasi akademik.