Makna perkahwinan daripada perspektif wanita Cina yang melewatkan perkahwinan
Dalam masyarakat tradisional, perkahwinan dilihat sebagai elemen yang penting dalam sosialisasi masyarakat melalui pembentukan hubungan antara dua keluarga selain mengukuhkan tali persaudaraan. Bagi masyarakat Cina, perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun ke...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19457/1/456-Article%20Text-647-1-10-20220705.pdf http://journalarticle.ukm.my/19457/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/24 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dalam masyarakat tradisional, perkahwinan dilihat sebagai elemen yang penting dalam
sosialisasi masyarakat melalui pembentukan hubungan antara dua keluarga selain
mengukuhkan tali persaudaraan. Bagi masyarakat Cina, perkahwinan adalah perkara yang
amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun keluarganya kerana institusi ini
memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta memulakan zuriat
sendiri. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan makna perkahwinan dari perspektif
wanita Cina yang melewatkan perkahwinan di Pulau Pinang. Informan kajian terdiri
daripada enam orang wanita Cina yang berumur 30 tahun ke atas, dan belum pernah
berkahwin. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Temu bual
separa berstruktur digunakan untuk mendapat maklumat daripada wanita yang dikaji. Hasil
kajian mendapati bahawa makna perkahwinan dalam kalangan wanita Cina yang
melewatkan perkahwinan adalah (i) mendapat teman hidup; (ii) dua orang menjalankan
kehidupan bersama; (iii) tanggungjawab; dan (iv) meneruskan keturunan keluarga. Majoriti
daripada informan kajian telah menyatakan makna perkahwinan adalah mendapat teman
hidup. Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa kepentingan dan keperluan
perkahwinan yang ditekankan dalam masyarakat Cina telah berubah, wanita Cina masa
kinimerasakan bahawa mereka tidak semestinya perlu berkahwin walaupun mencapai usia
yang tertentu. |
---|