Kestabilan kewangan liga sukan profesional : analisis perundangan terhadap peraturan dan amalan liga sukan profesional
Penganjuran liga sukan yang profesional dan berprestij merupakan salah satu usaha meningkatkan hubungan sosial dalam masyarakat dan pembangunan ekonomi bagi sesebuah negara. Pengekalan elemen ‘keseimbangan persaingan’ merupakan asas utama bagi mewujudkan sebuah liga sukan profesional yang mempunya...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19443/1/33625-106448-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/19443/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1199 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penganjuran liga sukan yang profesional dan berprestij merupakan salah satu usaha meningkatkan hubungan
sosial dalam masyarakat dan pembangunan ekonomi bagi sesebuah negara. Pengekalan elemen ‘keseimbangan
persaingan’ merupakan asas utama bagi mewujudkan sebuah liga sukan profesional yang mempunyai nilai
kompetitif, berdaya saing dan berkemampuan adalah penting demi menarik minat penglibatan masyarakat
tempatan dan antarabangsa. Makalah ini bertujuan untuk, pertama, meneliti dan menilai peraturan dan amalan
sedia ada oleh pengurusan liga sukan profesional berkenaan samaada ianya bersifat antipersaingan atau
propersaingan; dan kedua, mengemukakan cadangan penambahbaikan ke atas peraturan-peraturan tersebut,
supaya ianya selari dengan matlamat menjadikan liga sukan profesional yang berprestij dan memberi manfaat
kepada masyarakat, terutamanya yang terlibat langsung dalam industri sukan, dan pembangunan ekonomi negara.
Penyelidikan ini bersifat kualitatif menggunakan pendekatan analisis perundangan. Analisis berkenaan larangan
perlakuan antipersaingan sebagaimana yang terkandung dalam Akta Persaingan 2010 dijalankan terhadap
peraturan dan amalan penjualan hak penyiaran yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Profesional Malaysia
(FAM). Dapatan menunjukkan bahawa kewujudan sebarang pelanggaran larangan perlakuan antipersaingan
dalam penetapan peraturan dan amalan penjualan hak penyiaran liga sukan menjadi faktor kepada kegagalan
dalam mengekalkan elemen ‘keseimbangan persaingan’ bagi sesebuah liga sukan. Hal ini akan melemahkan
kelancaran sumber pendapatan liga sukan, mengganggu kestabilan kewangan liga sukan dan akhirnya memberi
implikasi negatif kepada pihak berkepentingan liga sukan profesional serta industri sukan itu sendiri. |
---|