Kesan bekerja secara sambilan ke atas pencapaian akademik pelajar
Kemudahan teknologi telah membantu memudahkan akses pelajar kepada pelbagai bentuk kerja sambilan. Kesannya, ramai pelajar memilih untuk bekerja sambil belajar. Penglibatan pelajar dengan kerja sambilan dapat memberi pengalaman dan ilmu yang berguna disamping menjadi platform terbaik untuk pelajar...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19345/1/Artikel_4_Puan-Suhaila_FEP1.pdf http://journalarticle.ukm.my/19345/ https://www.ukm.my/personalia/publication-category/volume-22-number-2-december-2019/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kemudahan teknologi telah membantu memudahkan akses pelajar kepada pelbagai bentuk kerja sambilan.
Kesannya, ramai pelajar memilih untuk bekerja sambil belajar. Penglibatan pelajar dengan kerja sambilan dapat
memberi pengalaman dan ilmu yang berguna disamping menjadi platform terbaik untuk pelajar mempraktikkan
ilmu yang sebelum ini hanya dipelajari secara teori. Namun begitu, kerja sambilan juga boleh memberi kesan
negatif khususnya keatas prestasi akademik pelajar ekoran daripada pelbagai faktor termasuklah kegagalan
menguruskan masa dengan baik. Justeru, kajian ini dilakukan untuk melihat hubungan di antara kerja sambilan
dan prestasi akademik pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Seramai 105
orang pelajar telah dipilih sebagai responden untuk menjawab soal selidik. Seterusnya, data yang diperolehi dari
soal selidik ini dimasukkan ke dalam perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk tujuan analisis.
Kajian ini menggunakan analisis regresi dengan kaedah penganggaran kuasa dua terkecil (Ordinary Least Square,
OLS). Dapatan kajian jelas menunjukkan kerja sambilan memberi implikasi negatif keatas prestasi akademik
pelajar. Walaupun pelajar memperolehi banyak ilmu dari kerja sambilan tetapi ketidakmampuan menguruskan
masa dengan baik telah memberi kesan buruk kepada prestasi akademik mereka. Justeru, kerajaan bersama-sama
organisasi bukan kerajaan yang berkaitan perlu mencari cara terbaik untuk mengurangkan penyertaan pelajar
dengan kerja sambilan dengan membantu menangani masalah kewangan mereka. |
---|