Pelaksanaan Tarbiyat al-Ruhiyah di Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)
Dakwah dan tarbiyah haruslah berjalan seiringan kerana pendakwah sentiasa terdedah kepada dua tarikan Tarikan iman yang sentiasa mendorong melakukan amal soleh. Tarikan dorongan nafsu serta godaan syaitan menjadikan seseorang itu cinta kepada dunia dan membawa kepada kelalaian, kemalasan, panjang...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19297/1/482-Article%20Text-1668-1-10-20220630.pdf http://journalarticle.ukm.my/19297/ https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/30 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dakwah dan tarbiyah haruslah berjalan seiringan kerana pendakwah sentiasa
terdedah kepada dua tarikan Tarikan iman yang sentiasa mendorong melakukan
amal soleh. Tarikan dorongan nafsu serta godaan syaitan menjadikan seseorang itu
cinta kepada dunia dan membawa kepada kelalaian, kemalasan, panjang anganangan
dan suka bertangguh. Tarbiyat al-ruhiyah merupakan salah kaedah dakwah
yang penting bagi pembangunan aspek kerohanian. Oleh kerana itu, setiap
pendakwah memerlukan bekalan tarbiyah al-ruhiyah untuk istiqamah dan teguh
dalam melaksanakan tanggungjawab. Secara spesifiknya, kajian ini mengkaji
pelaksanaan Tarbiyat al-ruhiyah dalam gerak kerja dakwah di bahagian dakwah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT). Objektif kajian adalah
untuk mengetahui konsep Tarbiyat al-ruhiyah menurut perspektif Islam dan untuk
mengkaji pelaksanaan Tarbiyat al-ruhiyah di bahagian dakwah JHEAT. Kajian
menggunakan kaedah pengumpulan data melalui kajian perpustakaan serta temu
bual separa berstruktur. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa
pelaksanaan Tarbiyat al-ruhiyah terhadap pegawai-pegawai dan kakitangan
JHEAT. Pelaksanaan Tarbiyat al-ruhiyah yang diterapkan di JHEAT adalah
melalui pembentukan akhlak, pembentukan jati diri dan pembentukan kepimpinan.
Hal ini dapat dikesan terutamanya melalui kursus-kursus dan seminar-seminar yang
dianjurkan untuk pegawai-pegawai JHEAT bagi memantapkan lagi Tarbiyat alruhiyah
dalam diri mereka. Antaranya, kursus pemantapan rohani, integriti,
kepimpinan dan tafaqquh. Kajian seterusnya mendapati terdapat cabaran yang
dihadapi pihak JHEAT di dalam melaksanakan Tarbiyat al-ruhiyah. Justeru,
pengkaji mencadangkan agar penerapan kesedaran dalam kalangan mereka terus
dipergiatkan. |
---|