Aktiviti riadah Kesultanan Melayu Kedah dalam Hikayat Merong Mahawangsa berdasarkan Teori Spektrum Kesenggangan Individu

Riadah merupakan aktiviti masa lapang yang membolehkan individu untuk memilih terlibat dengan aktiviti lasak mahupun yang bersifat santai. Dalam karya agung Melayu mencatatkan tentang aktiviti riadah golongan pemerintah. Namun demikian, kajian terhadap aspek ini sukar diperoleh kerana keterbatasan p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khairul Zainie Jasni,, Salmah Jan Noor Muhammad,
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19290/1/jatma-2022-1002-03.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19290/
https://www.ukm.my/jatma/jilid-10-bil-2/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Riadah merupakan aktiviti masa lapang yang membolehkan individu untuk memilih terlibat dengan aktiviti lasak mahupun yang bersifat santai. Dalam karya agung Melayu mencatatkan tentang aktiviti riadah golongan pemerintah. Namun demikian, kajian terhadap aspek ini sukar diperoleh kerana keterbatasan penulisan mengenainya. Oleh itu, kajian ini akan memfokuskan tentang topik ini dengan meneliti Hikayat Merong Mahawangsa sebagai bahan perbincangan. Objektif kajian adalah mengenal pasti dan menganalisis aktiviti riadah yang dijalankan oleh pemerintah Melayu dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Kaedah kepustakaan akan digunakan dalam penulisan ini dengan menerapkan Teori Spektrum Kesenggangan Individu yang diperkenalkan oleh Bammel, G dan Bammel L.L.B. Hasil kajian mendapati lima daripada tujuh prinsip adalah selari dan diperoleh menerusi naskhah kajian iaitu pemuliharaan diri, kecergasan fizikal, berehat, sosialisasi, dan refleksi. Kesimpulannya, aktiviti riadah yang dijalankan oleh raja-raja Melayu dalam Hikayat Merong Mahawangsa mampu memberi satu dapatan baharu dalam kepustakaan Melayu dan seterusnya memberikan informasi terhadap pembaca mengenai bentuk aktiviti riadah yang diamalkan oleh raja-raja Melayu suatu ketika dahulu.