Pemaparan isu wanita dan bahasa kebangsaan dalam majalah Mastika, 1946-1980

Kertas kerja ini membincangkan mengenai perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu dengan merujuk kepada tulisan-tulisan yang dimuatkan di dalam majalah Mastika pada tahun 1946-1980. Kebangkitan nasionalisme di seluruh Tanah Melayu mencapai kemuncaknya apabila orang Melayu menentang Malayan Union yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Nadhirah Md Jais,, Rahilah Omar,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19259/1/217-Article%20Text-323-1-10-20191019.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19259/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/9
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan mengenai perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu dengan merujuk kepada tulisan-tulisan yang dimuatkan di dalam majalah Mastika pada tahun 1946-1980. Kebangkitan nasionalisme di seluruh Tanah Melayu mencapai kemuncaknya apabila orang Melayu menentang Malayan Union yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris pada tahun 1946. Mereka menentangnya kerana menghalang tindakan pihak Inggeris untuk menghapuskan institusi raja-raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada semua pendatang. Peranan media cetak sebagai pemangkin gelombang nasionalisme tidak dapat disangkal lagi. Kertas kerja ini akan merungkai isu-isu nasionalisme yang berhubung dengan wanita dan Bahasa Kebangsaan dalam majalah Mastika yang merupakan salah sebuah majalah yang popular yang menjadi salah satu penggerak semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Tanah Melayu pada waktu itu. Selain mengupas isu-isu yang berlegar dalam kalangan masyarakat Melayu, majalah ini amat mementingkan perkembangan dari pemikiran orang-orang Melayu sendiri untuk membebaskan bangsa dari penjajahan. Pada masa yang sama isu-isu yang berhubung dengan wanita serta Bahasa Kebangsaan menjadi pokok perbincangan. Kajian ini lebih menumpukan kepada kajian kepustakaan dengan mengadaptasi sumber-sumber primer seperti majalah dan suratkhabar yang diterbitkan pada masa itu di samping bahan-bahan sekunder seperti buku, artikel dalam jurnal, tesis dan lain-lain. Hasil kajian mendapati bahawa majalah Mastika banyak mengutarakan rencana-rencana yang berkaitan dengan sentimen orang Melayu berhubung masalah wanita Melayu dan Bahasa Kebangsaan. Wanita Melayu turut menjadi tonggak utama kepada pentadbiran di Tanah Melayu selain kaum lelaki dan isu Bahasa kebangsaan diperjuangkan sebagai bahasa utama untuk mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu yang baru mencapai kemerdekaan.