Tahap literasi media mahasiswa ke arah pemahaman mesej patriotisme dalam filem Ola Bola

Seiring dengan ledakan teknologi kini, masyarakat juga perlu memiliki kemampuan tahap literasi media yang tinggi supaya mampu membantu memahami informasi yang betul serta perkembangan media massa secara negatif ataupun positif dan dapat diaplikasikan dengan baik dan bermanfaaat bagi khalayak. Kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fatin NorShalihah Azman,, Wan Amizah Wan Mahmud,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19246/1/201-Article%20Text-297-1-10-20191016.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19246/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/9
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Seiring dengan ledakan teknologi kini, masyarakat juga perlu memiliki kemampuan tahap literasi media yang tinggi supaya mampu membantu memahami informasi yang betul serta perkembangan media massa secara negatif ataupun positif dan dapat diaplikasikan dengan baik dan bermanfaaat bagi khalayak. Kajian ini menggunakan Filem Ola Bola menjadi pilihan dengan kaitan dengan mengenal pasti tahap literasi media mahasiswa kerana filem ini terdapat banyak mesej tersurat dan tersirat yang diterapkan dan bukan hanya difokuskan kepada sukan bola sepak semata-mata. Objektif pertama kajian ini ialah mengenalpasti tahap literasi media mahasiswa berdasarkan kepada 4 dimensi kemampuan literasi media. Objektif kedua pula ialah tahap literasi media dengan kaitan dengan pemahaman mesej patriotik dalam filem Ola bola. Kaedah metodologi kajian ini ialah menemubual kumpulan fokus mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seramai 16 orang responden. setiap kumpulan terdiri daripada 5-8 orang. Kajian ini bersandarkan kepada teori kemampuan tahap literasi media Potter yang berfokuskan kepada 4 dimensi iaitu dimensi kognitif, emosi, estetik dan moral. Hasil kajian mendapati kemampuan literasi media dalam kalangan mahasiswa UKM adalah berbeza-beza dan mereka mampu memahami mesej patriotisme dalam filem Ola Bola dengan baik. Daripada keempat-empat dimensi tersebut, mahasiswa UKM memiliki tahap dimensi kognitif yang paling tinggi, estetik di tahap tinggi, moral di tahap sederhana dan emosi tahap y6ang paling rendah.