Impak pendekatan pembelajaran pengalaman terhadap kemahiran berfikir aras tinggi topik bongkah geometri tiga dimensi

Transisi global pengajaran matematik daripada berfokuskan kemahiran algoritma kognitif kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) telah memberi cabaran dan kesan kepada pengajaran dan pembelajaran matematik di Indonesia. Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan modul pembelajaran pengala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suanto, Elfis, Effandi Zakaria,, Siti Mistima Maat,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19202/1/33596-109643-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19202/
https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1204
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Transisi global pengajaran matematik daripada berfokuskan kemahiran algoritma kognitif kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) telah memberi cabaran dan kesan kepada pengajaran dan pembelajaran matematik di Indonesia. Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan modul pembelajaran pengalaman topik Bongkah Geometri Tiga Dimensi ke atas KBAT dan hubungannya dengan keupayaan pelajar. Kajian ini berbentuk eksperimen kuasi dengan kumpulan kawalan tidak setara. 164 pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Rendah di Pekanbaru Riau, Indonesia yang terbahagi kepada 84 dalam kumpulan rawatan (menerima pengajaran menggunakan kaedah modul) dan 80 dalam kumpulan kawalan (menggunakan kaedah konvesional) terlibat dalam kajian ini. Data dikumpulkan menggunakan lapan soalan KBAT topik Bongkah Geometri Tiga Dimensi. Data dianalisis dengan melakukan ujian-t dan analisis Anova Dua Hala. Dapatan kajian menunjukkan: 1) terdapat perbezaan yang signifikan KBAT matematik pelajar yang menggunakan kaedah modul dengan yang menggunakan kaedah konvensional, 2) terdapat perbezaan yang signifikan KBAT matematik pelajar antara kumpulan berdasarkan keupayaan pelajar dengan kesan perbezaannya adalah besar, dan 3) terdapat kesan interaksi yang signifikan antara kumpulan dengan keupayaan pelajar dari segi KBAT. Pencapaian KBAT kumpulan rawatan lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Implikasinya, penggunaan modul pendekatan pembelajaran pengalaman memberi kesan positif dalam meningkatkan KBAT matematik dan terdapat kesan interaksi antara kumpulan dan keupayaan pelajar dari segi KBAT matematik.