Fungsi dan tanggungjawab Pegawai Syariah dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI 2013)

Pegawai Syariah adalah antara individu berperanan memastikan aktiviti dan operasi IKI sentiasa mematuhi kehendak Syariah sepertimana yang ditetapkan dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI 2013). Namun APKI tidak menyatakan secara khusus peranan dan tanggungjawab pegawai syariah sehingga m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Noor Mat Zain,, Najihah Ali,, Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Penyelidikan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19053/1/JCIL-2020-52-Article-4.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19053/
http://www.ukm.my/jcil/2020-52/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pegawai Syariah adalah antara individu berperanan memastikan aktiviti dan operasi IKI sentiasa mematuhi kehendak Syariah sepertimana yang ditetapkan dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI 2013). Namun APKI tidak menyatakan secara khusus peranan dan tanggungjawab pegawai syariah sehingga menimbulkan persoalan mengenai kedudukan dalam institusi kewangan Islam. Oleh itu artikel ini akan menganalisis peranan mereka berdasarkan APKI 2013. Kajian ini berbetuk kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen sebagai metod pengumpulan data dan kaedah deskriptif sebagai metod analisis data. Kajian mendapati bahawa peruntukan APKI ada menjelaskan peranan pegawai syariah yang terlibat dalam proses pengauditan dan pengurusan risiko syariah. Umumnya, seksyen 35(1) menjelaskan peranan pegawai syariah adalah memberi maklumat mengenai penilaian yang dijalankan kepada Jawatankuasa Syariah atau Shariah Committee (SC). Manakala, secara khususnya APKI menekankan perkara yang berkaitan audit syariah yang menghendaki setiap juruaudit yang dilantik mengemukakan laporan mengenai audit pematuhan syariah yang telah dijalankan bertujuan untuk memastikan pematuhan syariah dalam operasi IKI.