Penyertaan wanita dalam bidang STEM : pengaruh persekitaran kerja

Penyertaan wanita yang rendah dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan negara ketika ini. Hal ini terkesan akibat daripada ketiadaan atau ketidakcukupan persekitaran kerja yang ditawarkan oleh majikan yang dilihat telah menghamb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurhamizah Rashid,, Norain Mod Asri,, Maisarah Mazlan,, Norshamliza Chamhuri,, Azrina Abdullah Al-Hadi,, Hazrul Izuan Shahiri,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19024/1/52067-170952-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19024/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1434
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyertaan wanita yang rendah dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan negara ketika ini. Hal ini terkesan akibat daripada ketiadaan atau ketidakcukupan persekitaran kerja yang ditawarkan oleh majikan yang dilihat telah menghambat wanita untuk bertahan dengan cabaran dalam STEM dan seterusnya mencipta kejayaan kerjaya dalam bidang STEM tersebut. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis persekitaran kerja yang diperlukan oleh wanita untuk mereka sertai dan kekal dalam STEM. Untuk itu, soalselidik telah diedarkan kepada wanita yang terdiri daripada tiga peringkat jawatan dalam STEM iaitu junior, pertengahan (senior) dan atasan (ketua) di sektor swasta dan kerajaan dalam Malaysia. Menerusi analisis deskriptif, dapatan kajian menunjukkan faktor kemudahan, hubungan baik dengan rakan sekerja, peluang yang sama dengan lelaki dalam membuat keputusan, peranan mentor dan role model, peranan ketua yang baik dan sokongan institusi, peluang untuk pembangunan kerjaya, penghargaan berbentuk kewangan dan bukan kewangan serta sokongan keluarga dilihat merupakan antara persekitaran kerja utama yang diperlukan untuk wanita menyertai dan kekal dalam bidang STEM. Rentetan itu, majikan di sektor awam mahupun swasta perlu mengambilkira kesemua elemen tersebut dalam membentuk persekitaran kerja inklusif dan lebih baik untuk menggalak dan meningkatkan lagi kadar penyertaan wanita dalam dalam bidang STEM.