Peralihan dari aspek penguasaan bahasa masyarakat Kampar di Kampung Sungai Nipah Darat

Kajian ini membincangkan tentang peralihan dalam kalangan masyarakat Kampar di Kampung Sungai Nipah Darat. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif deskriptif. Sebanyak 60 orang ahli masyarakat Kampar dijadikan subjek kajian ini. Instrumen yang diaplikasikan berbentuk borang soal selidi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mior Muhammad Firdaus Abdul Rahman,, Sa’adiah Ma’alip,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18926/1/55502-182592-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18926/
https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1512
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan tentang peralihan dalam kalangan masyarakat Kampar di Kampung Sungai Nipah Darat. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif deskriptif. Sebanyak 60 orang ahli masyarakat Kampar dijadikan subjek kajian ini. Instrumen yang diaplikasikan berbentuk borang soal selidik yang dibina melalui perisian ‘Google Form’ dan diedarkan melalui aplikasi ‘Whatsapp’. Kajian peralihan Bahasa masyarakat ini dilihat dari aspek penguasaan bahasa Kampar. Maklumat yang diperoleh ini kemudiannya dianalisis menggunakan analisis deskriptif untuk mencari nilai frekuensi. Bahagian pengkajian terhadap penguasaan bahasa Kampar dalam hasil dapatan dilaksanakan dengan menggunakan ujian penguasaan kefahaman leksikal bagi kata nama, kata kerja, dan kata adjektif dengan memanfaatkan 7 bentuk ayat dalam bahasa Kampar masing-masing. Data yang diperoleh menunjukkan ujian kefahaman leksikal kata nama, kata kerja, dan kata adjektif menggambarkan kelompok generasi muda mempunyai nilai peratus memilih jawapan tidak tepat yang tertinggi masing-masing. Penguasaan yang lemah terhadap Bahasa Kampar dalam kalangan generasi muda menggambarkan peralihan Bahasa telah berlaku kepada Bahasa Melayu khususnya. Penguasaan yang lemah dalam aspke leksikal yang diuji menunjukkan penguasaa bahasa Kampar yang semakin merosot. Peralihan bahasa walaupun berlaku dalam proses yang perlahan tetapi tetap memberi kesan terhasap bahasa Kampar. Diharapkan agar kajian ini dapat memberikan gambaran situasi bahasa masyarakat Kampar di Kampung Sungai Nipah Darat agar ada usaha yang boleh dilaksanakan untuk memastikan peralihan bahasa dalam masayarakat ini dapat dikawal demi kelestariannya.