Statistik kemalangan pekerjaan melibatkan jentera berat di Malaysia
Kemalangan jentera berat adalah antara penyebab utama berlakunya kemalangan serius dan maut di pelbagai sektor pekerjaan seperti kerja pembinaan, kerja tanah, pembuatan, dan perladangan. Pengurusan dan pengendalian jentera berat dengan cara yang betul sangat penting untuk memastikan keselamatan di t...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18782/1/35.pdf http://journalarticle.ukm.my/18782/ https://www.ukm.my/jkukm/volume-333-2021/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kemalangan jentera berat adalah antara penyebab utama berlakunya kemalangan serius dan maut di pelbagai sektor pekerjaan seperti kerja pembinaan, kerja tanah, pembuatan, dan perladangan. Pengurusan dan pengendalian jentera berat dengan cara yang betul sangat penting untuk memastikan keselamatan di tempat kerja dan mencegah daripada berlakunya kemalangan. Kajian ini bertujuan untuk memperincikan statistik kemalangan pekerjaan yang melibatkan jentera berat di Malaysia. Data kemalangan jentera berat dari 2014 hingga 2019 diperoleh daripada sumber rasmi seperti JKKP, PERKESO, NIOSH, dan CIDB. Soal selidik juga dijalankan kepada personel yang berkaitan untuk memastikan maklumat yang lengkap diperoleh. Industri pengilangan dan pembuatan menunjukkan peratusan kes kemalangan maut tertinggi iaitu 22.2%. Trend kemalangan maut yang sama juga telah ditunjukkan oleh negara luar seperti Singapura dan Australia. Ini diikuti oleh industri perladangan sebanyak 20.6%. Sementara itu, peratusan tertinggi jentera berat yang terlibat dalam kes kemalangan maut adalah traktor (23.8%), ini diikuti oleh foklif (22.2%) dan menara kren (9.1%). Statistik yang diperolehi mendapati bahawa penyebab utama kemalangan adalah kerana kecuaian dan ketidakcekapan pekerja. Oleh itu, semua yang terlibat digesa untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan semua kakitangan yang terlibat dalam operasi jentera berat. Keselamatan dan pencegahan kemalangan jentera berat tidak hanya bergantung kepada pengendali tetapi juga merupakan tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalam operasi tersebut. |
---|