Faktor pendedahan maklumat diri di Twitter dan implikasi terhadap golongan pelajar
Penggunaan laman media sosial seperti Twitter kini banyak digunakan dalam kalangan pelajar untuk pelbagai tujuan. Hal ini telah membawa kepada senario yang memperlihatkan seseorang pelajar itu gemar berkongsikan segala perkara seperti grafik, teks, video dan sebagainya kerana mereka berasa selesa...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18699/1/admin_personalia%2C%2BArtikel-8_Muhammad-Adnan-Pitchan_FSSK.pdf http://journalarticle.ukm.my/18699/ https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/issue/view/18 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penggunaan laman media sosial seperti Twitter kini banyak digunakan dalam kalangan pelajar untuk pelbagai
tujuan. Hal ini telah membawa kepada senario yang memperlihatkan seseorang pelajar itu gemar berkongsikan
segala perkara seperti grafik, teks, video dan sebagainya kerana mereka berasa selesa untuk melakukan perkongsian
tersebut. Perkara ini telah membawa kepada pendedahan maklumat diri di Twitter. Pendedahan maklumat ini
bukan sahaja merangkumi pendedahan butiran diri tetapi juga dari segi perkongsian gambar, video dan hal semasa
yang sedang dilakukan oleh pelajar tersebut. Malahan, perkongsian lokasi semasa juga telah menjadi salah satu
daripada trend golongan pelajar hari ini bagai mengemaskini lokasi semasa mereka kepada pengikut mereka di
Twitter. Kajian ini mengkaji faktor pendedahan maklumat diri serta implikasi pendedahan maklumat diri di Twitter.
Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan kualitatif menerusi perbincangan kumpulan
fokus yang mensasarkan golongan pelajar dalam lingkungan 18 hingga 29 tahun seramai 13 orang informan yang
merupakan pengguna Twitter. Hasil dapatan kajian mendapati hampir majoriti pelajar yang membuat pendedahan
maklumat diri ini mempunyai motif mereka yang tersendiri seperti strategi perniagaan, mencari kenalan yang
mempunyai minat yang sama, untuk mengelakkan kebosanan dan untuk berkongsi detik istimewa mereka dengan
kawan-kawan di Twitter. Implikasi daripada pendedahan maklumat diri ini telah memperlihatkan kesan negatif
dan kesan positif yang boleh diterima oleh golongan Pelajar tersebut. |
---|