Pelaksanaan prosiding reman dalam era COVID-19 di Malaysia dan India : pengajaran dan cadangan penambahbaikan di Malaysia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan penularan COVID-19 di seluruh dunia sebagai pandemik pada 11 Mac 2020. Penularan COVID-19 ini semakin hari semakin membimbangkan dan telah membawa cabaran yang sangat besar kepada pelaksanaan prosiding reman di seluruh negara, khususnya negara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abidah Rahim,, Muhamad Sayuti Hassan,, Yeoh, Hui Xian, Nur Aliah Amran,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18685/1/50141-174302-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18685/
https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1453
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan penularan COVID-19 di seluruh dunia sebagai pandemik pada 11 Mac 2020. Penularan COVID-19 ini semakin hari semakin membimbangkan dan telah membawa cabaran yang sangat besar kepada pelaksanaan prosiding reman di seluruh negara, khususnya negara Malaysia dan India. Cabaran-cabaran yang belum pernah dihadapi ini juga telah menimbulkan kesukaran dalam melaksanakan prosiding reman mengikut undang-undang yang sedia ada kerana menurut undang-undang, satu permohonan reman perlu dibuat kepada Majistret sekiranya siasatan tidak boleh diselesaikan dalam tempoh 24 jam supaya suspek boleh ditahan lanjut bagi satu tempoh masa tertentu yang diperintahkan oleh Majistret untuk menyempurnakan siasatan. Penulisan artikel ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan rujukan kepada bahan bacaan seperti buku, artikel dan laporan kes. Artikel ini menganalisis pelaksanaan prosiding reman yang diamalkan di negara Malaysia dan India dalam era pandemik COVID-19. Artikel ini seterusnya membandingkan pelaksanaan prosiding reman antara Malaysia dengan India semasa pandemik COVID-19. Artikel ini seterusnya mencadangkan penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan ke atas pelaksanaan prosiding reman yang sedia ada di Malaysia dalam era pandemik COVID-19. Artikel ini mendapati bahawa Malaysia dan India telah mengambil langkah dalam menangani cabaran yang dihadapi semasa wabak COVID-19 melanda penjara-penjara di mana tahanan reman berada. Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pelaksanaan prosiding reman antara negara Malaysia dengan India sewaktu pandemik COVID-19 dan terdapat amalan di negara India yang boleh dijadikan panduan oleh Malaysia. Artikel ini juga telah mencadangkan pelbagai langkah yang boleh diambil oleh Malaysia untuk menambahbaikkan pelaksanaan prosiding reman di Malaysia dalam era pandemik COVID-19 ini atas pandangan bahawa langkah yang sedia ada masih tidak mencukupi.