Mengawal risiko wabak Covid-19 : analisis undang-undang berkaitan penginapan bagi pekerja pembinaan di Malaysia

Seramai 1,746,524 individu di Malaysia telah dijangkiti virus COVID-19. Jumlah kematian yang dicatatkan setakat 31 Ogos 2021 adalah seramai 16,604 orang, dan jumlah tersebut akan terus meningkat. Antara punca dan risiko penularan wabak ini dengan cepat ialah melalui persekitaran tempat pekerjaan yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Farasyeriza Md Zabani,, Jady Zaidi Hassim,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18682/1/49192-174292-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18682/
https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1453
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Seramai 1,746,524 individu di Malaysia telah dijangkiti virus COVID-19. Jumlah kematian yang dicatatkan setakat 31 Ogos 2021 adalah seramai 16,604 orang, dan jumlah tersebut akan terus meningkat. Antara punca dan risiko penularan wabak ini dengan cepat ialah melalui persekitaran tempat pekerjaan yang sesak, khususnya dalam kalangan pekerja binaan. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah peruntukan undang-undang sedia ada di Malaysia berkenaan penyediaan tempat penginapan pekerja binaan berkesan dalam mengawal risiko penularan virus COVID-19. Ia juga akan menilai cabaran terhadap pematuhan kepada peruntukan undang-undang sedia ada yang berkaitan. Dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis kandungan, artikel ini akan menilai peruntukan undang-undang dan garis panduan yang berkaitan dengan penyediaan tempat penginapan pekerja binaan di Malaysia. Dapatan telah mengenalpasti beberapa cabaran dan aspek tambahan perlu disenaraikan bagi memastikan undang-undang berkaitan boleh melindungi tahap kesihatan dan kesejahteraan para pekerja binaan. Beberapa tindakan penambahbaikan yang bersesuaian dalam mengawal penularan virus COVID-19 di tempat penginapan pekerja binaan juga dicadangkan agar keperluan pekerja yang telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara ini terjamin.