Isu sawit Malaysia dalam laporan akhbar Kesatuan Eropah

Artikel ini membahaskan bagaimana media Eropah melaporkan mengenai sawit Malaysia kepada pengguna di negara-negara Kesatuan Eropah. Isu kelapa sawit seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar Eropah dikatakan membawa banyak keburukan dan memberi impak terhadap alam sekitar, penebangan hutan, kepupus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azlizan Mat Enh,, Muhamad Khaider Bustami,, Hasrina Mustafa,, Mohd Shazwan Mokhtar,, Nur Solehah Mohd Ashri,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18670/1/52607-180338-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18670/
https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1473
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membahaskan bagaimana media Eropah melaporkan mengenai sawit Malaysia kepada pengguna di negara-negara Kesatuan Eropah. Isu kelapa sawit seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar Eropah dikatakan membawa banyak keburukan dan memberi impak terhadap alam sekitar, penebangan hutan, kepupusan spesies haiwan dan buruh kanak-kanak. Peranan dan pengaruh media Eropah yang konsisten dalam memberi laporan dan membawa sentimen kepada pengguna Eropah tentang keburukan sawit Malaysia berjaya mencetuskan kempen anti sawit dalam kalangan para pengguna. Hal ini turut menyebabkan penurunan eksport sawit Malaysia ke Kesatuan Eropah, yang secara tidak langsung telah menjejaskan nasib 600,000 pekebun sawit di Malaysia. Artikel ini menggunakan pendekatan kajian kepustakaan terhadap sumber-sumber seperti surat khabar negara Kesatuan Eropah yang mempunyai jumlah pembaca tertinggi di negara masing-masing seperti Guardian dan BBC (United Kingdom), Fakt, Gazeta Wyborcza dan Super Express (Poland), The Brussel Times, Metro dan Gazet Van Antwerpen (Belgium) untuk menganalisis isu-isu sawit yang dilaporkan dalam media ini. Hasil kajian mendapati bahawa isu sawit dalam laporan akhbar Kesatuan Eropah yang dipaparkan oleh media Eropah mengenai keburukan sawit Malaysia tidak berlaku seperti mana yang dilaporkan. Hakikatnya, tindakan yang dilakukan tersebut adalah bertujuan untuk ‘melindungi’ agenda sebenar mereka, iaitu untuk menggantikan sawit dengan tanaman soya mereka. Isu yang digembar-gemburkan oleh akhbar-akhbar tersebut telah memberikan imej yang buruk terhadap industri sawit Malaysia.