Pencitraan polemik ekonomi orang Melayu dalam filem Abang

Artikel ini membicarakan isu dan polemik ekonomi masyarakat Melayu yang diangkat sebagai subjek dalam filem Abang (1981) arahan sutradara Rahim Razali. Secara umumnya orang Melayu mengalami perubahan dalam ekonomi yang ketara apabila kerajaan Malaysia mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Normala Hamzah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18648/1/43085-168051-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18648/
https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1424
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membicarakan isu dan polemik ekonomi masyarakat Melayu yang diangkat sebagai subjek dalam filem Abang (1981) arahan sutradara Rahim Razali. Secara umumnya orang Melayu mengalami perubahan dalam ekonomi yang ketara apabila kerajaan Malaysia mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 melalui Rancangan Malaysia kedua (RMK-2). Pembentukan dasar ini bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan sosioekonomi kepada semua rakyat serta membentuk perpaduan antara kaum. Pelaksanaan DEB ini banyak membuka ruang kepada orang Melayu untuk mengambil peluang daripada pertumbuhan ekonomi negara yang pesat ketika itu namun secara tidak langsung transformasi ini juga telah mencetuskan konflik dan polemik baharu dalam kalangan orang Melayu. Filem yang dibuat selepas 10 tahun dasar baru ini dilancarkan secara dasarnya merupakan kritik sosial Rahim Razali terhadap masyarakat Melayu dalam era 80-an terutamanya yang berkaitan dengan jati diri serta cabaran semasa dalam menjunjung adat dan budaya bangsa. Kesemua pencitraan polemik ekonomi Orang Melayu telah diterjemahkan melalui watak-watak keluarga Dato’ Din manakala watak-watak orang kampung pula merupakan representasi realisme masyarakat Melayu yang tidak terkesan dengan transformasi ekonomi ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan menganalisis teks sebagai kaedah kajian utama dan temubual serta pengumpulan data sekunder sebagai pendekatan tambahan. Pendekatan sosiologi sastera (Hippolyte Taine) juga digunakan untuk menganalisis hubungan langsung antara filem dengan zaman, ras dan milieunya.