Manifesto Barisan Nasional dan kejatuhan Najibnomics dalam pilihan raya umum ke-14

Manifesto Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) memfokuskan soal agenda “Bersama BN Hebatkan Negaraku” dengan berpaksikan kepada agenda program pembangunan di bawah “Najibnomics”. Pelaksanaan Najibnomics adalah berteraskan kepada perihal usaha kerajaan di bawah kepimpinan Najib Raz...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Ariff Asyrul Adnan,, Sity Daud,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18636/1/29221-89550-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18636/
https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1147
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Manifesto Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) memfokuskan soal agenda “Bersama BN Hebatkan Negaraku” dengan berpaksikan kepada agenda program pembangunan di bawah “Najibnomics”. Pelaksanaan Najibnomics adalah berteraskan kepada perihal usaha kerajaan di bawah kepimpinan Najib Razak untuk mewujudkan ekonomi yang bersifat terangkum dan seimbang bagi melahirkan negara Malaysia yang berpendapatan tinggi dan komprehensif pembangunannya. Melalui Najibnomics, dasar pembangunan yang komprehensif dan praktikal diperkenalkan melalui medium pengukuhan dasar ekonomi yakni Model Ekonomi Baru (MEB). Bagi memastikan keseimbangan dapat dicapai, pelaksanaan MEB di bawah Najibnomics memfokuskan kepada agihan sama rata faedah ekonomi terhadap semua kelas sosial di Malaysia dan cenderung ke arah pembangunan populis. Artikel ini membahaskan perihal kejatuhan Najibnomics dalam PRU-14 yang mempunyai perkaitan kuat dengan manifesto yang ditawarkan Barisan Nasional. Penolakan terhadap Najibnomics berlaku dipengaruhi oleh kombinasi faktor iaitu peranan BR1M sebagai bantuan sosial atau alat pemerintah, skandal 1MDB yang melibatkan Najib Razak, kelemahan pelaksanaan GST dan ketidakseimbangan agihan ekonomi yang menyumbang kepada kenaikan kos hidup rakyat di Malaysia. Tuntasnya, walaupun tawaran populis dikemukakan oleh manifesto BN, PRU-14 yang menyaksikan kekalahan Barisan Nasional buat kali pertama dalam sejarah Malaysia turut menandakan penolakan rakyat terhadap Najibnomics.