Antara kepentingan nasional dan komitmen antarabangsa : pengalaman Malaysia mengurus pelarian Vietnam dari tahun 1975 hingga 1990-an

Makalah ini bertujuan membincangkan pengalaman Malaysia mengurus pelarian Vietnam dari tahun 1975 hingga 1990-an. Sejak tahun 1975, Malaysia telah membantu lebih daripada 250 ribu orang pelarian Vietnam atas dasar kemanusiaan sejagat. Walau bagaimanapun, Malaysia terpaksa mengubah beberapa dasar ter...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aszlan Selamat,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18619/1/54739-180192-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18619/
https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1472
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini bertujuan membincangkan pengalaman Malaysia mengurus pelarian Vietnam dari tahun 1975 hingga 1990-an. Sejak tahun 1975, Malaysia telah membantu lebih daripada 250 ribu orang pelarian Vietnam atas dasar kemanusiaan sejagat. Walau bagaimanapun, Malaysia terpaksa mengubah beberapa dasar termasuklah menutup pintu, mendesak negara ketiga dan mempengerusikan persidangan pelarian Indochina kedua disebabkan jumlah pelarian Vietnam yang datang ke Malaysia terus meningkat. Pada masa yang sama, kerajaan negeri Terengganu telah menuntut semula Pulau Bidong sebagai penempatan sementara kepada pelarian Vietnam yang berada di Malaysia. Perkara ini menyebabkan Malaysia tersepit antara komitmen antarabangsa dan menjaga kepentingan nasional. Kaedah penyelidikan sejarah digunakan dengan merujuk sumber primer khususnya laporan Parlimen Malaysia. Temu bual bersama Tun Dr Mahathir Mohamad turut dijalankan. Berdasarkan analisis sejarah, didapati Malaysia secara konsisten memberi komitmen yang tinggi dalam usaha membantu pelarian Vietnam di Malaysia walaupun Malaysia tidak pernah meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol Pelarian 1967. Walau bagaimanapun usaha Malaysia akhirnya dikecam sebagai tidak berperikemanusiaan diperingkat antarabangsa kerana mengugut menembak dan menolak pelarian Vietnam kembali ke laut. Tetapi Malaysia tidak pernah berputus asa dan masih terus memberi layanan sewajarnya kepada pelarian Vietnam sebelum dihantar semula ke negara asal atau dipindahkan ke negara ketiga.