Pertimbangan semula masyarakat tidak sivil di Malaysia : kajian kes PERKASA dan ISMA

Peranan masyarakat sivil di Malaysia telah diperbahaskan dengan meluas oleh pelbagai sarjana. Perbincangan ini lantas memunculkan tipo binari, iaitu masyarakat tidak sivil (uncivil society). Walau bagaimanapun perbincangan konsep ini di Malaysia masih lagi terhad. Meskipun terdapat beberapa kajian y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Takiyuddin Ismail,, Shah Mohd Akmal Abdul Halim,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18616/1/54735-180179-4-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18616/
https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1472
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peranan masyarakat sivil di Malaysia telah diperbahaskan dengan meluas oleh pelbagai sarjana. Perbincangan ini lantas memunculkan tipo binari, iaitu masyarakat tidak sivil (uncivil society). Walau bagaimanapun perbincangan konsep ini di Malaysia masih lagi terhad. Meskipun terdapat beberapa kajian yang menyentuh tentang masyarakat tidak sivil di Malaysia, namun ia masih tidak inklusif dan bias. Label masyarakat tidak sivil di Malaysia kebanyakannya dihalakan kepada NGO Melayu-Islam memandangkan NGO ini membawa perjuangan keeksklusifan etnik yang cenderung dinilai dari sisi pandang ‘ethnicization of knowledge’. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu-Islam sering dilabel sebagai ‘masyarakat tidak sivil’ dan anti-demokratik. Dengan itu, kajian ini meneroka polemik mengenai ‘masyarakat tidak sivil’ di Malaysia berdasarkan kajian kes terhadap dua NGO Melayu-Islam yang berpengaruh dan sering dimomokkan mewakili ‘masyarakat tidak sivil’ iaitu Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Kajian ini mendapati bahawa PERKASA dan ISMA mempunyai takat kencenderungan yang lebih tinggi untuk dikelaskan sebagai masyarakat sivil berbanding masyarakat tidak sivil. Hujah ini berdasarkan karakter yang dipamerkan oleh kedua NGO ini yang menonjolkan peranan ‘kuasa ketiga’ melalui pembawaan isu-isu massa berpaksikan orientasi akar umbi dan dalam masa yang sama turut menyumbang kepada trajektori demokrasi di Malaysia. Bahkan, dari ciri-ciri asasnya, kedua-dua organisasi turut berada dalam landasan ‘masyarakat sivil’ yang masih berpaut pada kerangka fundamental sistem demokrasi.