Penyelesaian pertikaian di bawah Konvensyen Undang Undang Laut Antarabangsa

Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa 1982 telah memperuntukan empat kaedah yang boleh digunakan oleh negara-negara ahli untuk menyelesaikan pertelingkahan. Kaedah yang pertama adalah melalui Tribunal Antarabangsa Undang-undang Laut (ITLOS) yang ditubuhkan selaras dengan lampiran VI, manakala k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mahfuzah Hamizah Mohd Ariff,, Nurul Iman Khairul Anwar,, Nur Ilyana Ezwan,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18545/1/ARTIKEL%206.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18545/
http://www.ukm.my/cli/2022-4-cli/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa 1982 telah memperuntukan empat kaedah yang boleh digunakan oleh negara-negara ahli untuk menyelesaikan pertelingkahan. Kaedah yang pertama adalah melalui Tribunal Antarabangsa Undang-undang Laut (ITLOS) yang ditubuhkan selaras dengan lampiran VI, manakala kaedah yang kedua pula adalah merupakan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (MKA). Kaedah yang ketiga dan keempat adalah melalui tribunal timbang tara yang ditubuhkan dibawah Lampiran VII dan akhir sekali, tribunal timbang tara khas yang ditubuhkan dibawah Lampiran VIII untuk dua atau lebih pertikaian yang dikhususkan. Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat kaedah-kaedah penyelesaian pertikaian dengan melihat prosedur-prosedur yang telah ditetapkan dibawah KUULA 1982. Selain itu, kajian ini akan melihat kes-kes yang telah diputuskan yang menggunapakai kaedah penyelesaian pertikaian seperti yang telah dinyatakan seperti kes penambakan laut oleh Singapura di sekitar Johor, kes Anglo-Norwegian Fisheries yang melibatkan antara United Kingdom dan Norway, Kes North Sea Continental Shelf antara Jerman dan Denmark dan kes tuntutan China terhadap Laut China Selatan yang melibatkan Republik Filipina dan Republik China. Di samping itu, pengkaji akan mengkaji bidang kuasa institutusi yang terlibat dalam menyelesaikan masalah pertikaian di laut sesama negara ahli. Pengkaji juga akan membincangkan isu-isu berkaitan dengan institusi yang dinyatakan seperti pertembungan antara ITLOS dengan MKA, kritikan terhadap kes yang diputuskan oleh institusi yang berkaitan dan sebagainya. Metadologi yang digunakan oleh pengkaji adalah kajian perpustakaan sahaja. Akhir sekali, pengkaji dapat melihat bahawa penyelesaian pertikaian dibawah KUULA 1982 dapat memberi jalan keluar kepada negara yang bertelingkah dengan penuh diplomasi.